Tips cari rumah sewa yang best di Lembah Klang
Tulisan dari FB Tn Hannan Shawalludin berkenaan Tips cari rumah sewa yang best di Lembah Klang.
Tips Cari Rumah Sewa Yang Best di Area Lembang Klang
Bila sebut je sewa rumah area Lembah Klang, kau mesti terbayangkan rumah tu mesti rumah yang tinggi-tinggi macam Condo, Apartment atau Flat.
Kalau rumah atas tanah ni selalunya mahal dan kau tak mampu untuk sewa. Betul ke?
- Rumah Taman Tanah Rizab Melayu
Saya suka sarankan korang buka googlemap dan kaji kawasan-kawasan kampung yang dekat dengan bandar tempat korang kerja.
Walaupun dia tulis kampung, kau jangan ingat rumah tu rumah tak tersusun, jalan kecik dan sebagainya. Cari rumah teres setingkat yang namanya bermula dengan perkataan TAMAN.
- Sewa Tak Mahal
Sewa rumah taman dalam kawasan kampung ni selalunya sama je dengan harga sewa rumah condominium kat tengah KL/Selangor. Skala antara RM 1,000 – RM 1,200 sebulan.
Untuk mereka yang berkeluarga dengan anak kecik, rumah teres setingkat pun dah memadai. Tak perlu sampai 2-3 tingkat.
- Tak perlu bayar maintenance fee
Rumah condo ni selalunya ada kos maintenance yang korang kena bayar. Kos maintenance ni untuk bayar maintenance lift, guard house, kolam renang dan sebagainya. Kos-kos ni yang buatkan sewa rumah korang tinggi berbanding rumah landed.
Rumah taman tak da kos maintenance ke?
Tak da. Kalau taman tu berpengawal, mungkin sewanya tinggi sikit untuk bayar kos jaga. Itu sahaja.
- Banyak kedai makan sedap-sedap
Kampung Melayu ni selalunya sinonim dengan kedai makan yang sedap-sedap. Malam hari pun kedai makan buka macam kat bandar. Cuma tak boleh expect ada mamak 24 jam lah! 😂
- Dekat Dengan Highway
Ada kawasan kampung ni yang tak jauh dari highway. So, kau tak payah pening kepala fikir nak lalu jalan mana.
- Tenang dan damai
Kalau kau bujang, tak payah lah duduk rumah taman ni. Stress kau nanti. Orang bujang ni fikir nak lepak mall dan kedai mamak je. Haha
Rumah taman ni lebih sesuai untuk orang berkeluarga. Area rumah taman ni aman damai sebab sekeliling masih lagi kampung dan ada kehijauan pokok.
Kau bangun pagi pun tak da la dengar bunyi kereta lalu lalang. Yang ada hanya kicauan burung dan bunyi angin tiup pohon-pohon menghijau.
- Kawasan riadah semulajadi
Rumah taman kawasan kampung ni automatik akan jadi kawasan kau beriadah setiap hujung minggu. Tak pening kau nak cari taman tasik macam kau duduk tengah bandar.
Nak joging best, nak berbasikal pun best. Habis beriadah, singgah kedai kopi pak ngah, sarapan. Pergh!
**Saya duduk area Sg Merab, 10 minit je dari Alamanda Putrajaya. Sewa area sini RM 1,000 ke RM 1,200 je. Boleh cuba jalan-jalan area sini untuk cari rumah taman untuk disewa.
Sg Merab tu kat mana? Kau google la sendiri. Haha
Hannan Shawalludin
Perunding,
INFAQ Consultancy
Plan your wealth, change your life.
#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri#takafulikhlas #takaful #rancangkewangan #celikkewangan #infaq#infaqconsultancy #afyanmatrawi #afyan
#bossku #AJL33
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran