Tips Kewangan Siswazah Baru
Dipetik dari FB Ajiyan.com
TIPS KEWANGAN SISWAZAH BARU.
1. Perbanyakkan Simpanan.
– Menyimpan adalah asas utama untuk menjadi kaya.
– Teruskan mula menyimpan sebaik sahaja mula berkerja. Bukan tunggu selepas setahun berkerja, selepas dua tahun atau selepas lima tahun.
– Mula menyimpan sementara belum banyak komitmen. Supaya ia menjadi tabiat.
– Kalau gaji RM2,000 tak mampu untuk menyimpan. Percayalah nanti bila gaji RM5,000 pun tetap tidak akan mampu menyimpan.
2. Jangan Gopoh Beli Kereta.
– Tangguhkan dulu niat untuk membeli kereta.
– Kerana pembelian kereta biasanya akan mengganggu aliran tunai kita.
– Selain bayaran bulanan, akan ada kos-kos lain untuk penjagaan kereta.
– Kita akan kehilangan RM1,000 keupayaan untuk menyimpan jika membeli kereta.
– Tak ada kereta pun masih boleh bergerak dengan pengangkutan awam.
– Kereta bukan keperluan mendesak.
3. Baca Buku Kewangan, Perniagaan Dan pelaburan.
– Pelaburan yang tidak akan merugikan adalah pelaburan ke atas ilmu pengetahuan.
– Dengan ilmu kita akan lebih yakin dan tidak mudah tertipu.
– Dapat mengelakkan kita dari terlibat dengan skim-skim penipuan dan scammers.
4. Berkawan Dengan Orang Yang Mahu Berjaya.
– Siapa kita lima tahun akan datang adalah bergantung kepada siapa kawan kita sekarang.
– Jika berkawan dengan kaki shopping, kita juga akan suka shopping.
– Orang yang bersemangat untuk berjaya juga akan mempengaruhi kita.
– Boleh berkawan dengan semua orang tetapi jarakkan diri sedikit jika mereka membawa unsur-unsur negatif dalam kehidupan.
5. Terokai Peluang Perniagaan.
– Sementara badan masih sihat dan bertenaga, banyak masa lapang dan tidak banyak komitmen.
– Adalah merugikan jika hanya menunggu kenaikan gaji yang tidak seberapa itu.
– Jangan letak harga diri kita di tangan majikan semata-mata.
– Kita sendiri yang perlu meletakkan nilai pada diri kita.
– Pada zaman ini, untuk membuka perniagaan tidak sesukar dahulu yang memerlukan modal yang sangat besar, perlu premis perniagaan, pekerja dan sebagainya.
– Tetapi juga perlu berhati-hati, jangan terlalu ghairah hingga terjebak dengan skim-skim penipuan. Di sini perlunya ilmu.
PLAN YOUR WEALTH, CHANGE YOUR LIFE
Ajian Kamarudin
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran