Tips Membeli Rumah Ketika Gawat
TIPS MEMBELI RUMAH KETIKA GAWAT
Saya bukanlah seorang pelabur tegar hartanah mahupun perunding hartanah.
Saya hanyalah konsultan cabuk yang membuat pemerhatian tentang perkembangan pelaburan hartanah.
Minggu lalu wartawan Sinar Harian, Cikpuan Connie dan fotografer Tuan Afiq, bertandang ke pejabat INFAQ Consultancy untuk menemuramah saya topik berkenaan panduan pembelian rumah ketika zaman gawat sebegini.
Saya pernah menulis topik ini tahun lalu dan diambil oleh beberapa blog popular seperti The Hype Media dan OhBulan!
Rujuk
http://www.thehypemedia.com/…/camne-nak-beli-rumah-time-gaw…
http://www.ohbulan.com/7-cara-bijak-nak-beli-rumah-time-ga…/
Antara point penting saya ialah:
– Utamakan rumah subsales berbanding projek baru
– Beli bawah harga pasaran.
– Maksima harga rumah bersamaan 4 tahun gaji
– Maksimakan tempoh pembiayaan
– Pastikan ansuran bulanan lebih rendah dari menyewa, baru beli
– Menyewa mahal tapi dekat dengan tempat kerja lebih baik dari membeli murah tapi jauh
Detail boleh dibaca dalam link tadi.
Berhubung tentang pembelian rumah melalui KWSP, pandangan saya agak bertentangan dengan arus pelabur hartanah.
Detail saya kongsi di
https://afyan.com/beli-dan-bayar-ansuran-rumah-guna-wang-kw…/
Sebab, fungsi utama KWSP ialah untuk persaraan bukan untuk membeli rumah. Dan 60% pencarum KWSP habis wang persaraan mereka dalam masa 3 tahun atas pelbagai sebab.
Temubual saya bersama Sinar Harian disiarkan di http://www.sinarharian.com.my/…/beli-rumah-ketika-gawat-1.6…
Nota: Ia gambar terbaru saya, selepas balik umrah. Hoho!
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran