Tips Mudah Urus Gaji RM3000

Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq

Kenapa 3000? Sebab ni gaji purata kebanyakan graduan mula kerja.

Lagi pun ni tips, korang sesuaikan laa dengan gaji masing-masing.

1. Belanja Isi Rumah – 30% ( RM900)
Belanja seperti makan, petrol, internet, sewa dll.

2. Bayar Hutang – 30% (RM900)
Hutang seperti rumah, kereta, motor, PTPTN dll. Mesti rasa, cukup ke? Bayar kereta je dah 500.
Sebab tu ada formula ni untuk bantu elakkan korang terbeban. Ni tak termasuk kalau ada personal loan dan kad kredit.

3. Simpanan – 10% (RM300)
Dapat gaji asingkan dulu siap-siap. Setahun dah dapat kumpul RM3600.

4. Pelaburan – 10% (RM300)
Asingkan untuk melabur. Kalau letak di tempat yang beri pulangan 5% dah ada RM20K lepas 5 tahun.

5. Perlindungan – 10% (RM300)
Kalau pening kepala nak fikir. Ada dua jenis perlindungan.
1. Perubatan (medical kad)
2. Hayat (hibah)
Senang letak RM150 untuk setiap perlindungan. Mudah kan?

6. Sedekah – 10% (RM300)

Letak laa 5% (150) untuk ibu ayah, 5% (150) lagi lain-lain. Lagi baik semua RM300 tu untuk ibu ayah.

Tips ni boleh guna untuk elakkan korang ‘Dapat Gaji Terus Miskin Balik’.

Memang tak boleh nak kaya tapi pengurusan gaji tu akan lebih baik.

‘Tapi bang, kalau saya simpan 5% je dari gaji boleh tak?’

Boleh je. Dah nama pun tips, tak ikut bulat-bulat pun tak mengapa. Situasi setiap orang kan lain-lain.

‘Kalau gaji RM2999 macam mana bang?’

Kalau nak saya kirakan ada caj pengiraan RM50. Kalau kira sendiri percuma.

Sharekan jika bermanfaat.
#cikguscooter
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com