Tolong Tanyakan Soalan Mencabar
Ini adalah cara yang paling mudah dan ampuh untuk mengenal pasti sesuatu pelaburan atau bisnes itu scam / skim cepat kaya / penipuan.
Caranya ia dengan melihat JUMLAH PULANGAN yang dijanjikan.
Jika ia menjanjikan JAMINAN PULANGAN daripada PELABURAN / SECARA PASIF TANPA PERLU BEKERJA dengan jumlah 10% SETAHUN, saya berani jamin ia adalah skim cepat kaya.
Dan ia takkan bertahan melebihi 5 tahun. 3 tahun sudah cukup lama untuk skim ini bertahan.
Kata kuncinya ada 3:
1. Jaminan pulangan
2. Melalui pelaburan / secara pasif tanpa bekerja
3. Melebihi 10% pulangan setahun
Contoh, dalam berita di atas.
Modal RM10,000
Pulangan RM800 setiap bulan.
Maknanya 800/10,000 x 100 = 8% sebulan.
Jika 8% sebulan bermakan jika setahun ialah 96% setahun.
(8% sebulan x 12 bulan = 96%).
96% setahun!!!!!! Wow!!!!!!!!!!!
Bayangkan, 10% setahun jaminan pulangan pelaburan pun sudah cukup tinggi, apatah lagi jika 96%
Ketahui akan bahawa ia adalah TOOOOOOO GOOOOOOD TO BE TRUE.
Kaedah sama boleh kita digunakan jika dalam mana-mana peluang pelaburan lain tidak kira ia dikatakan pelaburan, pajakan, kopi serangga, MLM, emas, hartanah, unit trust, takaful, saham, dan lain-lain.
Tidak kira sama ada ia menggunakan istilah pulangan, ROI, YAI, mudharabah, hibah, wakalah, wadiah, baqarah dan sebagainya.
Jadi selepas ini, Tuan-Puan tidak lagi perlu bertanya saya;
“En Afyan, tolong cek Monspace. Kalau ok saya nak join”
“Tuan, apa pandangan Tuan tentang AGR Homes?”
“Getthis pula macamana?”
“Tuan pernah dengar Zenith Gold? Ada kawan saya ajak. Apa pandangan Tuan?”
“Saya ingin bertanya tentang skim MFace yang diasaskan oleh seorang selebriti. Apa pandangan Tuan?”
“Sari Yanti sudah selamat dengan Jepp. Tuan bila pula dengan ehem, ehem?”
Saya letih melayan soalan-soalan sebegitu dan gossip liar yang disebarkan….
Tolonglah tanyakan soalan yang mencabar sikit….
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran