Topik di TV AlHijrah “Tabungn Duit Raya Anak”

Ini antara slide yang saya gunakan tadi di TVAlhijrah utk segmen kewangan dalam rancangan Assalamualaikum.

Topik pagi tadi berkenaan “Tabungn Duit Raya Anak”.

Saya cadangkan kepada para ibu bapa untuk menggunakan duit raya anak-anak untuk membuka akaun simpanan dan pelaburan bagi dana pendidikan anak-anak.

Rujuk gambar dibawah, kos pendidikan hari ini dan dibandingkan dengan 17 tahun akan datang.

Grafik ini saya ambil dari website SSPN-I.

Kenapa unjuran kos dibuat 17 tahun?

Ia adalah tempoh maksima jika anak kita sekarang baru dilahirkan semalam, untuk mereka mencapai usia 18 tahun sebelum memasuki pengajian tinggi.

Kos akan datang “serendah” RM44,619 bagi kursus perniagaan hingga setinggi kira-kira setengah juta bagi kursus perubatan yang berjumlah RM565,266.

Rujuk gambar dibawah, bezakan antara perlindungan melalui takaful, dengan simpanan dan juga pelaburan.

Ketiga-tiga ada fungsi berbeza.

Untuk mengumpul dana pendidikan anak, bina melalui simpanan dan pelaburan.

Siapa tengok tadi?

 

 

Sumber FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com