fbpx

Menjual Tanpa Menjual

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 212Words
  • 433Views

Dalam group sokongan kepada rakan-rakan ejen affilate #eSeminarBMW, saya banyak kali berkongsi tips utk update status penulisan supaya dapat menarik audien.

Antara tips yang saya kongsikan ialah “menjual tanpa menjual menjual”.

Caranya ialah dengan cara tidak terlalu kerap menjual dengan cara hard sell. Update posting-posting santai tanpa perlu mengajak-ajak orang untuk membeli.

Analogi mudah, macam kita tengok TV.

Tengah syok tengok cerita P Ramlee, tiba-tiba keluar iklan.

Apa kita buat? Kita akan tukar Channel.

Sama macam FB. Kalau kawan nampak kita jual produk, dia akan skip. Lebih teruk akan klik button unfollow sebab nak unfriend takut kita tahu dan kecil hati.

Jadi jangan terlalu hard sell. Ia merosakkan reputasi.

Boleh contohi FB saya. Ehem, ehem.

Update posting santai, gambar bukan menjual, tanya soalan, cerita pasal anak dan sebagainya. Kadang tunjuk gambar muka sendiri lagi banyak like berbanding posting gambar produk. Hahahah

Sebab, orang tak suka “dijual” tapi suka “membeli”.

Juga saya kongsikan waktu-waktu yang sesuai utk update status.

Jadi, ejen kita seorang ni pun praktis apa yang saya ajar dan berhasil!

Katanya tak pernah menyangka selama ini dapat komen sebanyak ini.

Alhamdullilah. Kawan-kawan boleh tak tolong doakan beliau dan ejen-ejen lain dapat jualan hari ini?

Kalau ada yg nak jadi ejen affiliate, boleh rujuk komen.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini playlist #eSeminarBMW yang saya upload dalam youtube Youtube Channel Dalam masa…