fbpx

Training The Consultants (TTC), Batch 4

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 340Words
  • 320Views

Alhamdulillah, selesai program Training The Consultant untuk batch ke-4, semalam 8 Februari 2017

Program ini dianjurkan untuk melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain dalam industri kewangan terutama ejen-ejen takaful, ejen unit trust, ejen wasiat, bank-customer relationship yang mengamalkan konsep advisory.

Mereka ini ialah frontliner dalam financial services industri yang setiap hari berhadapan dengan customer dan masyarakat awam.

Berdasarkan pengalaman saya selama hampir 14 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan, majoriti pemain menjalankan kerja secara product-pusher dan sales-oriented.

Pendekatan yang kami bawa di INFAQ Consultancy melalui program TTC ini ialah untuk memperkenalkan konsep advisory-approach, bukan product-pusher dan problem-solver, bukan sales-oriented.

Asalnya saya jalankan program ini untuk rakan-rakan konsultan baru di INFAQ Consultancy ketika kali pertama ia diadakan tahun lepas.

Selepas saya kongsikan di FB tentang program ini tahun lalu, ada pula beberapa permintaan dari rakan-rakan luar yang berminat jadi saya buka beberapa seat untuk rakan-rakan dari industri kewangan untuk sertai program ini.

Jadi, bermula dari batch kedua tahu lepas, program ini saya buka kepada rakan-rakan dari financial industri supaya lebih ramai lagi memahami konsep advisory supaya dapat berkongsi dan memberi manfaat kepada masyarakat untuk mengimbangi tenaga ejensi yang majoriti fokus kepada sales dan product-pusher semata.

Semalam, yang datang dari pelbagai latar belakang, dari pelbagai syarikat kewangan yang ada di Malaysia antaranya dari CW4, PruB5N, M4ybank, G3Takaful, AI4, TIB dan lain-lain.

Dalam TTC, 20% berbentuk teori, 40% berbentuk praktikal role-play dan 40% berbentuk problem-solver.

Terima kasih kepada semua yang hadir semalam 🙂

Bila next TTC? Belum ada perancangan.

Tahun lepas saya anjurkan 3 kali. Tahun ini lebih kurang itu juga jarak masanya.

Bergantung kepada permintaan, dan kemasukan ejen baru ke INFAQ, baru saya akan organize lagi.

Ini beberapa posting tentang program TTC terdahulu, kot-kot ada yang berminat 🙂

https://afyan.com/training-the-consultants.html/

https://afyan.com/bagaimana-menjadi-financial-planner-finan…/

https://afyan.com/training-the-consultant-ttc-okt-2016.html/

P/S: Siapa yang datang semalam, dan yang pernah datang TTC sebelum ini, boleh berikan komen sikit untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

P/SS: Ada tak yang berminat untuk hadiri TTC untuk batch akan datang? Kalau ada minima 15 orang boleh saya plan pada April atau Mei depan.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terima kasih Tuan Alwi Adam dan Team TSI yang menjemput…