Tukar duit raya: Antara syariah dan riba
Tukar duit raya pun boleh jadi RIBA kalau tak kena gaya.
Contoh situasi dlm gambar,
Caj RM5 dikenakan ke atas setiap tukaran RM100 itu adalah riba.
Kenapa riba? Duit RM adalah matawang ribawi, jadi apabila tukar duit dgn duit perlu sama nilai.
Berdasarkan hadis daripada ‘Ubadah bin Somit, ada 6 item ribawi disebut oleh Nabi: emas, perak, kurma, barli, gandum dan garam.
Wang kertas zaman skrg adalah item ribawi kerana ia mengambil peranan emas dan perak. Sama juga spt beras, ia juga adalah item ribawi kerana ia mengambil peranan kurma dan gandum lada zaman Nabi.
Syarat pertukaran sesama item ribawi, wajib
1. Sama kuantiti
2. Serta-merta, bukan bertangguh.
Jadi tukar duit dgn duit WAJIB berlaku dalam keadaan sama nilai RMnya. Jika ada lebihan, itulah RIBA.
Hal yang sama terpakai dalam tukaran duit kecil contohnya kalau peniaga tukar RM10 not sekeping dengan duit syiling RM10.
Jika ada pertukaran tak sama contohnya RM10 not sekeping dengan syiling RM10 dan dikenakan caj RM1, ia adalah riba.
Walaupun ia sama suka dan tidak ada mana-mana pihak rasa tertindas.
Situasi sama juga terpakai dalam money changer. Tukar wang di money changer perlu dalam situasi on the spot, sebagaimana disebut dalam hadith ini.
Jika berlaku delay, ia boleh jatuh kepada RIBA.
Hukum inilah yang terpakai ke atas forex trading, yang menyebabkan semua fatwa seluruh dunia mengharamkan forex.
Dalam urusniaga forex online trading tidak berlaku pertukaran sesama matawang asing yang memenuhi syarat pertukaran item ribawi sebagaimana dalam hadith.
Jadi solusi terbaik untuk tukar duit raya, ialah tukar dengan sama nilai. Tukar duit kecil dengan nilai yang sama. Tukar duit baru pun dengan nilai yang sama. InsyaAllah, ia bebas daripada riba.
Jadi, bagaimana jika upah ke atas runner yang menguruskan tukar duit yang melibatkan kos transport, petrol, parking, tenaga dan masa?
Adapun berkenaan bagi upah runner dalam urusan tukar duit, berbeza sedikit daripada situasi di atas.
Kontrak riba tadi boleh diubah kepada kontrak patuh syariah tanpa riba. Ia bukan sekadar ubah istilah atau ubah nama kepada Arab.
Upah runner adalah akad berbeza daripada penukaran duit tadi. Contoh simulasi begini:
1. A serah duit RM100 kepada B untuk tukar duit di bank.
2. B pergi ke bank untuk tukar duit RM100 tadi dengan duit kecil
3. B bawa duit tadi dan serah kepada A.
4. A bayar upah kerja yang dilakukan oleh B sebanyak RM10.
Dalam transaksi di atas ada 2 muamalat utama.
1. A wakilkan B utk tukar duit di bank dan ada upah di situ. Ia dipanggil wakalah (perwakilan) dgn ujrah (upah). RM10 itu adalah upah, bukan riba.
2. B tukar duit kecil atau duit baru di bank. Ia kontrak mua’wadhah (penukaran) yang tertakluk dengan syarat di atas.
PENTING: Upah dalam transaksi A mestilah BUKAN berdasarkan amaun wang yang ditukar. Jika ia berkadaran dgn amaun penukaran tadi, ia dikhuatiri terjebak riba.
Kaedah tukar kontrak ini bukan baru. Ia sudah diajar oleh Rasulullah.
Lihat hadith daripada Saidina Bilal. Dalam hadith tersebut, Bilal bercerita kepada Nabi Muhammad (selawat) bahawa beliau membeli 1 gantang kurma barni (kurma kualiti) dgn 2 gantang kurma biasa.
Nabi Muhammad terkejut kerana transaksi itu adalah riba!
Lalu Nabi Muhammad memberi panduan: Sepatutnya jual dahulu kurma biasa. Selepas jual, barulah kemudian beli kurma barni gunakan hasil jualan tadi.
Riba boleh berlaku tanpa sesiapa yang tertindas dan teraniaya. Malah riba boleh berlaku dengan suka sama suka. RM1 yang tidak terbeban pun adalah riba jika penukarannyanya tak memenuhi syarat muamalat Islam.
Ia bukan sahaja terhad kepada penukaran duit untuk dijadikan duit raya. Tukar duit untuk tujuan bisnes yang dilakukan oleh peniaga untuk dapatkan duit kecil pun tertakluk kepada peraturan muamalat yang sama.
Jadi untuk elakkan berlaku riba, kena tukar akad. Ia bukan sekadar tukar nama kepada caj / upah dan sebagainya.
Kaedah dan transaksi kena betul. Sebab itu dalam bab muamalat, kena rujuk alim ulama dalam bidangnya, bukan rujuk netizen yg palatao.
Cara untuk elakkan riba dalam penukaran duit raya, caj upah dikenakan secara fix tanpa mengira amaun wang yang terlibat. Dengan ini syarat ketika runnah berurusan dengan pelanggan, duit masih belum wujud.
Maknanya, pelanggan bersetuju untuk berikan upah kepada runner sekian-sekian banyak, untuk tukar duit sekian-sekian banyak di bank.
Contohnya, A upah B utk tukar duit raya RM1,000 dengan upah RM100. Kemudian B jadi runner untuk ke bank dan tukarkan duit RM1,000 milik A. Selepas selesai A bayar upah RM100.
Umpama caj pengeluaran di mesin ATM. Berapa sahaja amaun yang withdraw, caj adalah fix.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran