fbpx

Tukar Kepada Pengurangan Kadar Tol Sebanyak 20%

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 212Words
  • 342Views

Cadangan alternatif kepada pelaksanaan tol percuma jam 11 malam ke 5 pagi dan diskaun pada waktu tertentu.

1. Rata-rata rakyat Malaysia memandang sinis cadangan tol percuma dari jam 11 malam ke 5 pagi.

2. Puncanya kerana ia tidak akan dinikmati untuk rakyat terbanyak kerana itu bukan waktu utama mereka menggunakan tol.

3. Tak perlu salahkan rakyat kerana mereka memang terbeban dengan tol di Malaysia dan dijanjikan bahawa tol dihapuskan jika PH memerintah.

4. Jadi, suka saya cadangkan ia ditukar kepada PENGURANGAN KADAR TOL jika sukar sangat hendak mansuhkan tol sebagaimana dijanjikan.

5. Ia lebih praktikal dan bakal dinikmati oleh selllllluuuurrrrruuuuuh rakyat berbanding tol percuma dan diskaun waktu tertentu.

6. Dari sudut kira-kira, pelaksanaan tol percuma pada waktu 11 malam hingga 5 pagi akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

7. Saya tidak ada data, tapi andaikan pelaksanaan kadar tol percuma dari jam 11 malam hingga 5 pagi & diskaun pada waktu tertentu melibatkan pengurangan pendapatan kerajaan sebanyak 20%, kenapa tidak tukar sahaja ia kepada pengurangan kadar tol 20% di selllllluuuuruuuuuh negara?

8. Jika ini yang dibuat, bermakna SEMUA rakyat yang setiap hari melalui tol berpeluang menikmati faedah yang sama tanpa perlu menukar jadual perjalanan mereka setiap hari demi untuk mengejar waktu tol percuma.

Siapa setuju angkat tangan? Panjangkan tulisan ini supaya ia sampai kepada pihak berkenaan.

Ini cadangan serius. Bukan untuk troll.

Afyan Mat Rawi
Rakyat Malaysia

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mudahnya duduk rumah dapat duit? 7 hari dapat RM7,000? Kalau…