Two Pizza Rules: Prinsip perniagaan yang membawa kejayaan besar

Jeff Bezos, pengasas Amazon, ada satu prinsip menarik yang dia gunakan dalam membangunkan syarikatnya: Two Pizza Rules.
Bunyi macam pelik, kan?
Tapi sebenarnya, idea ini sangat genius dalam memastikan produktiviti dan inovasi pasukan kerja.
Jadi, apa sebenarnya Two Pizza Rules ni?
Ia mudah: Jika dua piza tak cukup untuk beri makan kepada semua ahli pasukan, maka pasukan itu terlalu besar.
Bezos percaya, pasukan kecil lebih efektif, lebih pantas buat keputusan, dan lebih mudah untuk kekal fokus pada matlamat.
Fikir macam ni, apabila pasukan kecil, apa yang terjadi?
1. Keputusan lebih pantas: Tak perlu tunggu semua orang bersetuju.
2. Komunikasi lebih jelas: Kurang ahli, kurang salah faham.
3. Tanggungjawab lebih besar: Semua orang rasa sumbangan mereka penting, dan tak ada peluang untuk lepas tangan.
Di Amazon, prinsip ini diterapkan melalui konsep pasukan dua piza.
Setiap pasukan biasanya terdiri daripada 5 hingga 9 orang, cukup kecil untuk diketuai, cukup besar untuk menjalankan projek.
Apa yang menarik, setiap pasukan diberi kebebasan penuh untuk membuat keputusan tanpa perlu tunggu arahan pihak atasan.
Pendek kata, mereka bertindak macam syarikat mini dalam syarikat besar.
Hasilnya? Banyak inovasi hebat lahir daripada pasukan kecil ni.
Contohnya:
Alexa: Dibangunkan oleh pasukan kecil yang bebas bereksperimen.
Amazon Prime: Idea yang lahir daripada pasukan fokus untuk tingkatkan kesetiaan pelanggan.
AWS (Amazon Web Services): Bermula sebagai projek kecil dalaman, kini jadi penyumbang keuntungan terbesar Amazon.
Tapi, kenapa prinsip ini berkesan sangat?
Apabila pasukan kecil, ahli pasukan lebih rapat.
Hubungan kerja jadi lebih mesra dan berkesan.
Masa juga tak dibazirkan dengan mesyuarat yang terlalu panjang atau perbincangan yang tak berkesudahan. Fokus pasukan adalah pada inovasi, bukan birokrasi.
Selain itu, ahli pasukan rasa lebih bertanggungjawab.
Apabila bilangan kecil, setiap orang tahu kerja mereka penting. Ini buat mereka lebih bermotivasi untuk hasilkan yang terbaik.
Two Pizza Rules ni sebenarnya ajar satu perkara penting: Kurangkan, fokus, dan beri kebebasan.
Prinsip ini bukan sahaja sesuai untuk syarikat gergasi macam Amazon, tapi juga untuk perniagaan kecil, startup, atau mana-mana organisasi yang nak bergerak lebih pantas dan kreatif.
Jadi, kalau anda tengah fikir macam mana nak tingkatkan kerja berpasukan dalam perniagaan atau organisasi anda, cuba terapkan prinsip ni.
Mulakan dengan kecil, beri ruang untuk pasukan anda berinovasi, dan lihat bagaimana perubahan kecil ni boleh membawa hasil besar.
Kurangkan mesyuarat, lebihkan tindakan.
Kurangkan ahli, lebihkan impak. Ingat, dua piza pun cukup untuk bawa kejayaan besar!
Cuma dalam konteks Malaysia, lebih sesuai gunakan makanan apa untuk menggantikan Pizza?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran