fbpx

Uber Vs GrabCar

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 367Words
  • 379Views

Selepas menggunakan Uber beberapa bulan, saya cuba menggunakan GrabCar pula baru-baru ini.

Nampaknya ada beberapa kelebihan yang ada pada Grab Car berbanding Uber:

1 2

1. Apabila kita referkan aplikasi GrabCar atau Uber kepada rakan, rakan kita akan dapat RM10 kredit / diskaun sebaik sahaja rakan download dan kita hanya akan dapat diskaun RM10 refferal apabila rakan kita melakukan ride pertama. https://invite.grab.co/8872DD

2. Harga yang dikenakan untuk penggunaan Grab Car diketahui lebih awal dan tetap. Berbanding Uber yang hanya harga anggaran sahaja sebelum ride dan hanya diketahui selepas selesai ride. Ia akan berbeza-beza bergantung kepada keadaan trafik dan tempoh perjalanan.

3. Dengan GrabCar kita boleh buat tempahan awal sementara Uber hanya boleh “on demand” sahaja.

4. Dengan GrabCar juga boleh membuat tempahan teksi biasa manakala Uber tidak.

5. Sebelum ini, pembayaran untuk penggunaan Uber hanya boleh menggunakan kad kredit, tapi apabila GrabCar membenarkan penggunaan menggunakan tunai, Uber turut melakukan perkara sama.

6. Pada waktu sesak “peak hour”, Uber akan mengenakan caj sehingga berkali ganda manakala GrabCar tidak.

7. Dalam aplikasi GrabCar ada pilihan GrabHitch, untuk pengguna memilih untuk drive sendiri seperti servis kereta sewa. Saya tidak pernah guna.

 

1 2

 

Dari sudut harga, agak subjektif untuk tentukan mana lebih mudah sebab kedua-duanya saling bersaing antara satu sama lain.

Ia juga bergantung kepada promosi yang dibuat oleh kedua-dua syarikat berkenaan.

Sebagai pengguna, ia satu kelebihan.

Jadi, sebelum buat pilihan, pengguna boleh membuat perbandingan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, baru-baru ini saya dari KLIA2 hendak balik ke Gombak dan saya buat perbandingan harga:

1. Pilihan Pertama: Naik ERL RM55 ke KL Sentral, dan perlu cari kenderaan lain pula dari KL Sentral untuk ke Gombak. Mungkin ia akan mencecah RM70.

2. Pilihan Kedua: Uber menganggarkan harga sekitar RM82-RM83. Tol pula sekitar RM10, total minima sekitar RM90++.

3. Pilihan ketiga: GrabCar meletakkan harga tetap RM65. Tol pula sekitar RM10, total RM75.

4. Pilihan keempat: Naib bas RM15 ke KL Sentral dan cari kenderaan lain pula ke Gombak. Total sekitar RM30.

Off course saya gunakan pilihan ketiga, Grab Car!

Walaupun pilihan 1 dan 4 nampak lebih jimat, tapi faktor masa lebih penting dan keletihan balik dari outstation.

Selepas baca tips ini, jangan lupa download GrabCar pada telefon masing-masing 🙂

Gunakan link ini dan secara automatik anda akan dapat kredit RM10

https://invite.grab.co/8872DD

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Iklan ini diiklankan di www.muslimtradehouse.com Nampak agak pelik sedikit dan…