May 17, 2017
Vanlifers: Nomad Zaman Moden
Ada satu trend baru di Australia; Vanlifers.
Untuk menjimatkan kos sara hidup membeli atau menyewakan rumah, mereka beli van dan jadikan kediaman.
Pada mulanya saya sangka untuk golongan bujang, selepas membuat carian di FB mereka Vanlifers, rupa-rupanya ada juga yang berkeluarga mengambil jalan ini.
Siap ada anak kecil.
Kata mereka, ia lebih menjimatkan berbanding beli rumah.
Prinsip mereka “Rent Is Slavery”.
Agak-agak, trend ini akan sampai tak ke Malaysia?
Jika berlaku, bukan sekadar atasi masalah harga rumah, malah boleh atasi masalah kesesakan jalan raya. Parking siap-siap depan ofis..
Oh ya, boleh tengok gambar-gambar saya ambil dari FB mereka. Nampak menarik.
Memang mereka tinggal dan hidup di dalam van. Nomad di zaman moden.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
One Comment
Benar tp tak ramai.
itu pn sbb ekonomi global yg merudum.