Wajib ada ilmu sebelum membeli emas
“Kena beli emas dengan ilmu, baru berbaloi”
Sebenarnya bukan beli emas sahaja, bahkan apa sahaja tindakan yang berkaitan dengan kewangan perlu ada ilmu.
Min bagi contoh macam emas, ramai yang cakap beli emas ni tak ada risiko. Maknanya, emas ni macam segala-galanyalahh.
Maaf ya, bab ni kena hati-hati sebab emas ni tetap ada risikonya yang tersendiri.
1. Risiko emas palsu.
Kalau terbeli emas palsu sudah tentu risikonya 100% total lost. Siapa yang nak beli semula emas palsu?
Bayangkan kita beli emas tu cantik dan elok di dalam balutan. Kita tak boleh buka balutan tu, kalau buka nanti ada kemungkinan harga akan jatuh.
Lepas simpan bertahun-tahun, syarikat tu tutup dan nak jual balik rupanya emas palsu.
Siapa yang menangis?
2. Risiko hilang.
Ini adalah satu risiko yang paling mudah terjadi kerana saiz emas sangat kecil dengan harga yang begitu besar.
Kononnya kita simpan ditempat ‘rahsia’ supaya tak ada siapa yang tahu, tapi setelah sekian lama, kita sendiri yang lupa mana kita letak emas tu.
3. Program emas scam.
Ini yang sering-kali kita dengar. Antara ciri-ciri program scam emas ialah menjanjikan pulangan setiap bulan, dapat hibah atau janji emas boleh beranak dengan kaedah tertentu.
Kalau ada yang bagi kesedaran, nanti tuduh orang tu dengki.
Sebab itulah kalau nak beli emas kena ada ilmu.
-Min AM-
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran