Wang Sontot Tetap Wang Haram
Wang hasil sontot tidak boleh dapat pahala sedekah sebab ia wang haram.
Sama macam hasil wang haram seperti
- Hasil judi,
- Hasil curi,
- Hasil merompak,
- Keuntungan pelaburan forex,
- Keuntungan pelaburan CFD,
- Hasil jualan produk cetak rompak,
- Faedah akaun bank konvensional,
- Keuntungan saham kaunter tak patuh syariah,
- Keuntungan unit trust tak patuh syariah,
- Komisen ejen insurans konvensional,
- Komisen jualan unit trust tak patuh syariah,
- Pampasan insurans konvensional,
- Wang rasuah,
- Hasil jualan babi.
Riba sama macam babi malah lebih teruk. Cuma orang tak sensitif sangat apabila sebut riba, berbanding sebut babi.
Wang haram tak boleh dizakatkan. Sebab itu, suatu ketika dahulu Pusat Zakat Selangor menolak zakat ASB sebab fatwa ketika itu adalah haram.
Apa bezanya antara zakat dengan pembersihan harta haram?
Contoh, mudah begini:
Jika harta halal RM100,000, kena zakat hanya RM2,500 yakni 2.5% sahaja.
Tapi jika harta haram, (Contohnya untung forex, komisen insurans konvensional, jual babi) RM100,000, kena salurkan ke tabung tak patuh syariah RM100,000 yakni kesemuanya. 100%.
Bagi membersihkan pendapatan hasil haram, perlu disalurkan ke tabung tidak patuh syariah yang selalunya ada di Baitul Mal atau sesetengah masjid saya pernah nampak disediakan tabung sebegini.
Ia hanya boleh buat untuk tujuan umum seperti jalanraya atau tandas awam. Jika disedekahkan, tidak ada pahala sedekah.
Walaupun ia tidak boleh diterima sebagai amalan dan pahala zakat atau sedekah, perbuatan tersebut adalah perbuatan baik dan akan ada ganjaran pahala oleh Allah, apabila ia dilakukan untuk berhijrah daripada pekerjaan haram dan menginsafi dosa lampau, insya Allah.
Topik ini dalam modul Modul Kewangan I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #bukuBMW, iaitu pada modul ke 6, PENYUCIAN HARTA.
Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu
- Aliran Tunai
- Aset dan hutang
- Simpanan
- Perlindungan
- Pelaburan
- Penyucian
- Pewarisan
Boleh dapatkan di sini utk pra tempahan buku Bijak Merancang Wang, setebal 320 muka surat halaman warna.
Buku ini adalah buku fizikal yang sedang dalam pembikinan dan cetakan. Pembeli akan terima pada bulan hadapan.
Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.
Memandangkan ia adalah pra-cetakan, untuk mengelakkan pembeli rasa lama menunggu, kami sediakan HADIAH percuma bagi 1,000 pembeli pertama.
1,000 pertama akan dapat hadiah 2 hadiah. Tinggal 200++ sahaja
- Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
- Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.
Ketik di sini
Ketik di sini
Ketik di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran