Zaid Tuduh Mamat Curi Pensil

“Saya tak curi, Cikgu! “, kata Mamat kepada Cikgu. Dia bengang dengan tuduhan Zaid, ketua kelas yang menuduhnya mencuri penselnya.

“Dia bohong!”, balas Zaid.

“Tak, dia yang bohong, dia fitnah saya”, bentak Mamat.

Cikgu hanya memerhati kedua-duanya. Suasana hening seketika.

“Zaid, apa bukti kamu menuduh Mamat mencuri pensil kamu?”, tanya Cikgu memecahkan kesunyian.

“Saya ada 10 bukti! “, kata Zaid dengan penuh semangat.

Zaid menerangkan satu persatu. Antaranya dia pernah melihat Mamat bercakap-cakap tentang pensil. Katanya juga, Mamat pernah menulis menggunakan pensil. Selain itu, katanya juga Mamat pernah menulis karangan tentang pensil.

Cikgu mendengar dengan penuh minat.

“Kamu nampak dia curi pensil kamu?”, tanya Cikgu.

“Tak. Jadi sepatutnya Mamat perlu buktikan dia tidak pernah mencuri pensil saya”, kata Zaid.

“Apa pula, dia yang tuduh saya, dialah yang patut berikan bukti”, Mamat tidak puas hati.

Cikgu tersenyum.

“Zaid, kamu perlu buktikan tuduhan”, kata Cikgu.

“Baiklah, saya ada bukti gred A, saya akan bawa esok”, kata Zaid dgn penuh semangat.

Perbicaraan kelas darjah 1M ditangguhkan.

Sengih 🙂

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com