fbpx

Tentera Merah Itu…

  • 10 years ago
  • 1Minute
  • 109Words
  • 386Views

Tentera Merah Itu…

Tentera merah itu tiba,
Tanpa liputan wartawan dan lensa media,
Tidak perlu menunggu Utusan Meloya dan tibitiga,
Untuk beramal, berbakti dan berjasa,
Tanpa mengira agama, bangsa dan usia.

Tentera merah itu memulakan tugasan,
Beramal kerana Allah menjadi pegangan,
Tanpa mengharap pujian atau habuan,
Akhirat jua menjadi wawasan.

Tentera merah itu pulang,
Selepas berhempas pulas membanting tulang,
Berkorban tenaga, masa dan wang,
Itulah sunnah orang berjuang.

Tentera merah akan kembali lagi,
Sebaik sahaja semboyan berbunyi,
Kembali untuk menabur budi,
Begitulah AMAL silih berganti.

Afyan Mat Rawi,
Gombak – Kemaman – Gombak,
7 – 8 Disember 2013.
(Menyertai Misi Kemanusiaan Banjir Pantai Timur bersama AMAL “tentera merah” Gombak dan Syabab Care)
image

image

image

image

image

image

image

image

image

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Saya tak curi, Cikgu! ", kata Mamat kepada Cikgu. Dia…