fbpx

Zakat Bukan Sekadar Zakat Fitrah

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 139Words
  • 490Views

Satu lagi jenis zakat ialah zakat harta yang terkadang terlepas pandang. Ia meliputi zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat emas perak, zakat pertanian dan lain-lain.

Kiraannya ialah 2.5% (bergantung kepada jenis zakat) daripada harta wajib zakat selepas cukup haul dan nasab. Tempohnya ialah satu tahun hijrah.

Jika dibayar mengikut tahun masihi, kiraannya menjadi 2.533%.

Kadar zakat 2.5% dikira berdasarkan tempoh tahun hijrah, bukan tahun masihi.

Bagi memudahkan kita ingat pembayaran zakat mengikut tahun hijrah, sebaiknya pembayaran zakat dilakukan pada setiap bulan Ramadhan.

Selain mudah ingat, ia juga menggandakan pahala Ramadhan.

Di Malaysia, bayaran zakat boleh rebate cukai 100%. Katakan individu kena cukai pendapatan RM10,000. Dan dia pilih bayar 10,000 tersebut ke zakat. Maka baki cukai kena bayar ialah sifar.

NOTA: Bayatan zakat-zakat di atas boleh dibayar secara online ke Lembaga Zakat Selangor, melalui penolong amil zakat dilantik;

http://www.kmss.edu.my/bayar-zakat/

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cara-cara membuat bayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor, secara online…