fbpx

Perbezaan Besar Undang-undang Syariah & Undang-undang Sivil-Part 2

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 436Words
  • 3827Views

Tadi saya kongsikan tulisan berkenaan kes langgar lari dan sedikit ulasan perbezaan antara undang-undang sivil Malaysia gunakan dan perbezaan dengan undang-undang syariah.

Boleh rujuk tulisan sebelum ini.

Sudah agak lama tinggalkan bidang undang-undang ini, kira-kira 15 tahun yang lalu, jadi mungkin ada kekurangan dalam tulisan ini.

Jika ada point yang silap atau ada tambahan, boleh berikan komen.

Kali ini saya suka berkongsi tentang perbezaan tersebut dalam bentuk point.

Dalam undang-undang syariah dan dan undang-undang sivil, kedua-duanya mempunyai cara tertentu dalam bab hukuman ke atas jenayah bunuh.

Kita lihat satu persatu perbandingan keduanya.

1. Di bawah undang-undang syariah, hak hukuman ialah ke atas ahli keluarga mangsa manakala dalam undang-undang sivil, ia adalah hak mahkamah.

2. Dalam undang-undang syariah, bayaran diyaat atau denda di bayar oleh pesalah kepada keluarga mangsa manakala dalam undang-undang sivil ia dibayar kepada kerajaan.

3. Dalam undang-undang syariah, manfaat bayaran diyaat 100% milik keluarga manakala dalam undang-undang sivil pula ia adalah milik kerajaan 100% tanpa diberi kepada keluarga. Jika ada ia adalah atas budi bicara, tapi bukan atas dasar hak.

4. Dalam undang-undang syariah, hukuman balas bunuh (qisas) ditentukan oleh ahli keluarga atas nasihat hakim manakala dalam undang-undang sivil pula ia ditentukan oleh mahkamah untuk hukuman gantung sampai mati.

5. Dalam undang-undang syariah, hukuman qisas dijalankan dengan cara pancung di tempat terbuka manakala dalam undang-undang sivil, hukuman gantung sampai mati diadakan di tempat tertutup di dalam penjara.

6. Dalam undang-undang syariah, ahli keluarga berhak untuk memaafkan pembunuh manakala dalam undang-undang sivil, hak tersebut ialah pada YDPA.

Kita lihat satu persatu hikmah undang-undang syariah.

1. Hak hukuman ialah pada keluarga mangsa kerana mereka yang paling terkesan apabila kematian ahli keluarga.

2. Bayaran diyaat (denda) oleh pesalah ialah kepada ahli keluarga supaya ia dapat menjaga kebajikan keluarga yang baru sahaja kehilangan anggota. Jika dalam undang-undang sivil, ia tidak berlaku. Wang denda yang dibayar oleh pesalah adalah kepada kerajaan. Bergantung kepada kerajaan untuk menjaga kebajikan keluarga atau tidak.

3. Hukuman qisas diadakan di tempat awam supaya masyarakat gerun untuk melakukan jenayah itu berbanding diadakan di lokasi tertutup oleh undang-undang sivil.

4. Apabila gunakan kaedah pancung, pesalah terus mati apabila selesai pancung berbanding hukuman gantung, mangsa akan menggelepar beberapa ketika terlebih dahulu sebelum mati. Dari sudut sains, mati digantung lebih terseksa berbanding mati dipancung. Bayangkan, hingga ke tahap ini undang-undang syariah menjaga kebajikan pesalah.

5. Yang paling utama ialah, undang-undang qisas datang dari Allah selaku pencipta manusia manakala undang-undang sivil pula adalah ciptaan manusia.

Analoginya begini, jika kita gunakan kereta Vios sudah tentu kita akan merujuk manual pengguna kereta Vios yang dikeluarkan oleh Toyota. Apa jadi jika pakai Vios tapi rujuk manual kereta Viva?

Kau rasa?

Inilah yang dikatakan “Islam, Rahmatan Lil-Aalamiiin”.

Afyan Mat Rawi,
Amsterdam.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bosan dengan politik Malaysia, lelaki ini nekad ke Amsterdam sebelum…