fbpx

Tips Bisnes: Mulakan Dengan Modal Minimum (Siri 2)

  • 9 years ago
  • 3Minutes
  • 402Words
  • 429Views

Entri ini adalah sambungan daripada entri yang lalu tentang strategi bisnes dengan menggunakan modal yang kecil; https://afyan.com/?p=1027

Kebanyakan bisnes yang pernah saya cuba, tidak memerlukan modal tinggi, kerana saya tidak berani mengambil risiko yang tinggi.

Tambahan pula sememangnya ketika saya ”terjebak dan terjerumus” di dalam bidang bisnes ini, saya tidak memiliki modal yang tinggi. Yang ada hanyalah lebihan duit PTPTiPu PTPTN ketika belajar, yang pinjamannya masih belum saya lansgsaikan sepenuhnya sebagaimana ramai pembaca di luar…haha…

Pengalaman sedih dalam bisnes yang memerlukan modal melebihi RM 1000.00, memeritkan saya.

Bisnes Kad Prepaid
Bisnes sebagai pembekal kad prepaid adalah antara bisnes yang mula-mula sekali saya lakukan sebaik sahaja keluar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ketika itu, kalau tidak silap saya masih belum ada lagi bisnes kad prepaid secara online seperti sekarang.

Saya masih ingat lagi, saya ke Menara Celcom di Jalan Semarak dan Menara Maxis bersebelahan KLCC, semata-mata untuk mendapatkan bekalan kad-kad prepaid. Daripada situ saya mendapat pembekal yang sepatutnya.

Dengan modal kira-kira RM 1000.00, saya mendapat bekalan kad-kad prepaid yang bernilai lebih kurang RM 1100. Dengan bekalan yang ada, saya cuba mendekati kedai-kedai di sekitar Gombak untuk membekalkan kad-kad prepaid tersebut. Dalam tempoh sebulan lebih barulah kad-kad tersebut habis.

Maka, dapatlah saya keuntungan sebanyak RM 100 dalam tempoh sebulan. Sungguh tidak berbaloi,!

Modal RM 1000, tetapi hanya untung RM 100 sahaja. Hanya untuk 10% ke atas modal. Memang betul-betul tidak berbaloi!!

Saya serik menjalankan bisnes dengan margin keuntungan yang kecil. Bukan kerana ”memilih”, tatapi ia amat meletihkan! Tambahan pula ia menutut komitmen masa yang tinggi untuk mendapat pulangan sebanyak 10% tersebut.

Time is money!

Sebaliknya, sekiranya pulangan 10% tersebut mampu diperolehi dalam tempoh yang pendek ia memang berbaloi.

Memang ada rakan-rakan saya di kampus dahulu yang berniaga kad prepaid ini mendapat untung lumayan. Mereka mampu menghabiskan kad-kad bernilai RM 1000 dalam masa beberapa hari sahaja. Dan kemudian duit yang sama dipusingkan untuk mendapatkan stok baru dan menghasilkan jualan baru.

Maka ia berbaloi apabila dalam tempoh sebulan sekurang-kurangnya dengan modal RM 1000 tadi ia mambu memberi pusingan jualan sehingga sepuluh kali! Keuntungnnya 100% daripada modal!

Sejak itu saya tidak lagi mengeluarkan modal bagi bisnes yang membawa pulanggan di bawah 10% daripada modal.

Seeloknya bagi perniagaan runcit seperti ini, sebolehnya saya akan mencari margin keuntungan sekurang-kurangnya 50% daripada kos, barulah berbaloi untuk usahawan kecil seperti saya. 🙂

Sambungan entri akan datang: Bisnes Jualan Bunga Konvo
– Sekali lagi modal RM 1000 lebih
– Sasaran untung melebihi 100% ke atas modal!!!
– Bisnes tanpa permit – dikejar Pak Guard!
– Ohh…

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

6 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini adalah sambungan tulisan saya dalam siri "Tips Bisnes: Mulakan…