fbpx

Ramai pilih jadi rider sebagai kerjaya tetap

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 458Words
  • 665Views

Sekiranya 19 tahun dahulu ketika saya grad daripada UIA sudah wujud pekerjaan sebagai rider sebegini, kemungkinan besar saya antara yang memilihnya.

Selepas grad dahulu, macam-macam pekerjaan yang bukan kerja makan gaji menjadi pilihan saya.

Memang pernah pun menjadi runner. Pernah juga berniaga pasar malam. Pernah juga berniaga buku dari sekolah ke sekolah. Pernah juga buat bisnes kad top up (ketika itu belum ada online top up macam sekarang). Semua pekerjaan ini saya jalankan sambil-sambil terlibat dalam bidang kewangan sebagai konsultan.

Ramai kawan-kawan satu batch pelik dengan pilihan saya.

“Susah payah 4-5 tahun belajar undang-undang macam nak mati, berniaga macam ni je?”

Hahahah. Kalau telinga saya diperbuat daripada lilin, mungkin sudah lama cair.

Kenapa saya pilih kerjaya-kerjaya di atas? Sebab fleksibel.

Sama macam alasan yang diberikan oleh anak muda sekarang, sebagaimana dalam berita di screnshot ini.

Bukan sebab boleh dapat income banyak pun. Tapi sebab seronok uruskan masa sendiri. Nama pun “kerja sendiri” atau self-employ. Kita yang tentukan masa dan pendapatan. Ada kerja, ada income. Tak ada kerja sendiri mau ingat la…

Saya lakukan kerja-kerja di atas sejak daripada sebelum grad, hingga mendapat anak sulung.

Bertanya pada diri sendiri

Selepas mendapat anak pertama, saya mula terfikir sampai bila nak buat kerja macam ni?

Sampai bila nak bekerja sendiri?

Saya menbuat analisa sendiri untuk memilih karier kehidupan. Untuk membuat keputusan penting ini, berikut soalan-soalan yang saya ajukan kepada diri sendiri

“Apakah masa depan kerjaya ini?”

“Sejauh mana peningkatan karier dan kehidupan dalam masa 10 tahun lagi jika aku teruskan kerjaya ini?”

“Berapakah pendapatan maksima yang bakal aku perolehi?”

Lalu akhirnya yang menjadi pilihan utama dan kekal sampai sekarang ialah sebagai perunding kewangan.

Kenapa? Dalam banyak-banyak kerja sendiri yang saya ceburi, karier ini yang mempunyai perjalanan peningkatan karier yang jelas dan baik berbanding karier-karier lain.

Ketika itu saya hanya nampak dan mengagak, tapi kini saya alaminya sendiri.

Lebih menarik lagi, ia juga tidak mempunyai pendapatan yang terhad. Dan yang paling penting ia tak memerlukan modal besar untuk dijalankan.

Nasihat saya kepada anak-anak muda yang memilih kerjaya sebagai rider, perlu rancang sebaiknya kerjaya kalian.

Jika untuk fast-money, ya betul. Kerjaya sebagai rider sebegini memang mudah dapat pendapatan pantas. Namun untuk jangka masa panjang, mungkin tidak sesuai.

Jika mahukan kerjaya fleksibel, carilah kerjaya yang mempunyai potensi pertambahan income dan peningkatan karier. Masa muda inilah kita terokai potensi sebenar kemampuan kita. Kita ada tenaga. Kita ada masa. Cuma kita kekurangan wang. Jadi gunakan masa dan tenaga yang ada untuk explore peluang-peluang bisnes dan kerja lain yang fleksibel, dan mendatangkan pendapatan yang lumayan.

Tidak semestinya dalam bidang kewangan pun.

Tapi kalau nak join team saya sebagai perunding kewangan dan takaful, boleh klik borang di sini. Kerja fleksibel, ada potensi peningkatan kerjaya dan peningkatan tanpa had.

Meh sini: Kerjaya Perunding Kewangan

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Lambat pula saya nak komen berkenaan isu ini. Ramai betul…