fbpx

Ingat Ni, Supaya Lebih Berhati-Hati

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 187Words
  • 350Views

Dari semalam kecoh pasal moratorium. Saya pernah berikan peringatan berbaur amaran seawal hari pertama isu ini timbul. Rujuk status sebelum ini.

Jadi saya kongsikan prinsip dan mindset ini apabila berurusan dengan bank. Pegang kemas-kemas, insya Allah akan faham dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

 

Gambar adalah sekadar hiasan
Gambar adalah sekadar hiasan

 

1. Bank ialah entiti bisnes, bukan badan kebajikan.

2. Produk bank hanya satu, iaitu HUTANG.

3. Ketika kita terdesak memerlukan wang, selalunya bank susah nak terima kita. Tapi ketika kita sudah ada terlalu banyak wang, bank akan mencari kita.

4. Bank tak pernah memaksa kita melanggan produk mereka. Jadi jangan terhegeh-hegeh cari bank kalau tak betul-betul bersedia.

5. Bank ambil duit kita dengan kadar keuntungan yang sedikit melalui akaun simpanan, kemudian wang itu mereka rolling untuk berikan hutang kepada pelanggan lain dengan keuntungan yang lebih tinggi.

6. Ramai orang yang jatuh bankrap disebabkan hutang dengan bank, tapi ramai juga yang berjaya jadi kaya raya dengan menggunakan fasiliti bank.

Senarai ini akan tambah dari masa ke masa.

Kongsikan supaya lebih ramai aware dan berkesedaran.

Ada tambahan? Komen sesuai saya tambah.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mudahnya Mengurus Masa 3 perkataan inilah yang buatkan saya habis…