HaRi uNTuk IbU, GurU dan MAma!

Mei datang lagi!

Semua orang tahu; 13 Mei: Hari Ibu. Tahniah buat semua wanita-wanita yang pernah bergadai nyawa demi sebuah kehidupan…

Semua orang tahu; 16 Mei: Hari Guru. Tahniah buat semua insan yang bergelar pendidik; membakar diri demi menerangi hidup orang lain…

Saya tahu, yang orang lain tak tahu; 11 Mei: Hari ulangtahun kelahiran seorang wanita istimewa yang pernah bergadai nyawa demi sebuah kehidupan seorang insan  kecil, dan seterusnya membakar dirinya demi menerangi hidup insan kecil itu.

Kini, insan kecil itu semakin membesar dan terus membesar, dan membesar!

HepI BeStdAy MaMA!

Afyan: Insan kecil yang sedang membesar itu tidak mampu mengulangi sejarah seorang ibu dan guru serta. Namun mampu berkongsi pengalaman sebagai seseorang ayah di sisi sorang ummi.

2 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?