Harta Pusaka-Wasiat

“Saya dah buat wasiat, insyaALLAH nanti mudah proses pembahagian harta pusaka”.

Benarkah begitu?

Bergantung kepada situasi.

Perancangan harta pusaka bukan sekadar buat wasiat.

Berikut situasi yang biasa saya hadapi.

– Ramai yang saya jumpa menyangka dengan adanya wasiat, maka sudah selesai perancangan harta pusaka.

– Malah ramai juga yg sangka, kos utk pengurusan pusaka cukup sekadar kos wasiat.

– Malah ada yg rasa sudah cukup apabila dpt wasiat percuma selepas melanggan unit trust dan dapat status gold.

– Ada juga yg rasa gembira dapat wasiat percuma daripada bank apabila melanggan fasiliti bank.

Sebenarnya, ada kos yg lebih besar selepas membuat pusaka, iaitu CAJ PENGURUSAN HARTA PUSAKA.

Kos ini akan dikenakan KE ATAS HARTA PUSAKA si mati, melalui ahli waris.

Rujuk keratan akhbar Mingguan Metro di bawah.

Jika jumlah harta si mati RM100,000, berikut ialah peringkat caj yg dikenakan:

1. RM25,000 pertama dicaj 4% = RM1,000

2. Baki RM75,000 dicaj 3% = RM2,250

TOTAL RM1,000 + RM2,250 = RM3,250.

Maknanya, jika harta pusaka RM100,000, caj pentadbiran yg dikenakan adalah RM3,250

Bayangkan jika harta RM200,000? RM500,000? RM1,000,000?

Sudah tentu caj ini lebih tinggi.

Ini hanya caj pentadbiran, tidak termasuk kos-kos lain seperti kos peguam, kos urusan ke mahkamah, kos urusan ke pejabat tanah dan lain-lain

Dalam kes di atas, wasiat perlu disahkan di Mahkamah Tinggi dan kos Mahkamah Tinggi paling kurang RM10,000 ke RM20,000!

Siapa yang akan tanggung semua kos ini selepas ketiadaan kita?

Waris-waris kita.

Dan ini juga antara sebab kenapa harta beku semakin lama semakin bertambah – Waris tidak bersepakat utk mengeluarkan kos pengurusan harta pusaka.

Solusi – Pemilik harta membuat perancangan harta pusaka dari sekarang, ketika hidup.

Majoriti pemilik wasiat yg saya temui, tidak tahu akan hal ini. Mereka tidak tahu bahawa ada caj-caj lain yg akan dikenakan oleh syarikat amanah ke atas harta pusaka mereka.

Apabila dikira jumlahnya, mereka terkejut. Terkejut besar!

Sebab, majoriti mereka memiliki harta dlm bentuk harta tidak alih (hartanah) lebih besar berbanding harta alih / cair (seperti wang tunai, saham, unit amanah) – dan ia menyukarkan lagi pembayaran kos dan caj tersebut.

Contoh mudah, seorang bapa yg mempunyai wasiat dan mati meninggalkan rumah berharga RM500,000 dan wang tunai RM50,000 kepada waris.

Jika kes ini terjadi, kemungkinan besar wang tunai itu habis digunakan utk membayar kos pentadbiran dan pengurusan pusaka harta si mati.

SOALAN: Jika anda sudah memiliki wasiat, adakah anda sudah dimaklumi perkara ini? Jika “Ya”, Alhamdulillah. Jika “Tidak”, semak wasiat anda segera.

SOLUSI: Rancang pusaka dari awal, bukan sekadar wasiat.

NOTA: Ramai yg tak perasan, bagi pemilik harta bawah RM2 Juta, tak perlukan pun wasiat sebenarnya.

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?