Selepas diumumkan income distribution (selalu disebut sebagai dividen), sebagaimana biasa, harga dana ini jatuh banyaaaak.

Pelaburan di Eastpring Dana Al-Ilham antara dana pelaburan saham amanah yang saya sertai dan saya cadangkan kepada para pelabur saya sejak tahun 2015.

Saya pun melabur dalam dana ini di samping dana-dana ekuiti lain seperti PMB Shariah Aggressive, Kenanga Shariah Growth dan lain-lain.

Dan tahun ini, ia diumumkan sebagai dana terbaik oleh The Edge Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2017.

Bukan setakat dana ekuiti patuh syariah terbaik untuk tahun 2016, malah juga dana terbaik ekuiti patuh syariah untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun!!!

Rujuk tulisan saya di http://afyan.com/unit-trust-patuh-syariah-malaysia-terbaik…/

Untuk tempoh 10 tahun ia diiktiraf sebagai dana terbaik untuk kategori dana pelaburan tunai dan pelaburan melalui KW5P.

Boleh rujuk tulisan-tulisan saya sebelum ini;

Ini antara artikel awal pengenalan tentang dana ini
http://afyan.com/eastpring-dana-al-ilham.html/

Antara kekuatan dana ini ialah tahap preservation yang tinggi
http://afyan.com/tip-pelaburan-saham-amanah-preservation.h…/

Juga dana ini saya cadangkan sebagai alternatif A5B
http://afyan.com/alternatif-asb.html/

Saya bukan ahlil nujum yang mempunyai mangkuk ajaib yang boleh melihat masa depan, atau Doraemon yang mempunyai mesin masa yang boleh pergi ke tahun depan.

Tapi yang saya ada ialah sedikit ilmu berkenaan tips dan panduan yang saya pelajari sejak saya menggunakan platform Single License Investment pada tahun 2015.

Melalui platform ini, saya diajar bagaimana untuk membuat penilaian untuk memilih dana-dana saham amanah yang ada di Malaysia.

Ada banyak faktor yang akan diambil kira dalam memilih dana yang sesuai seperti preservation, volatility, sharp ratio, asset allocation, dan bukan semata-mata past performace sahaja.

Melalui platform ini, ada banyak lagi dana-dana saham amanah yang sesuai bergantung kepada tahap penerimaan risiko seseorang.

*****

Melabur di unit trust pun memerlukan skil dan ilmu. Ia bukan sekadar ikut-ikutan. Duit kita adalah tanggungjawab kita. Bukan untuk diserahkan kepada ejen 100%.

Ejen bukan pengurus dana. Ejen adalah pegawai pemasaran bagi syarikat yang bertanggungjawab mencari pelabur baru. Ejen juga adalah salesman.

Jadi, untuk melabur dalam unit trust, hendak atau tidak, memerlukan ilmu.

Dan jarang-jarang jumpa orang yang melabur di unit trust dengan ilmu.

Kebanyakan yang saya jumpa, melabur sebab ikut kawan. Ada juga yang melabur sebab terpengaruh dengan brand. Ada juga yang melabur sebab dipengaruhi dengan ejen yang katanya “melaburlah dalam syarikat no 1”

Walhal, faktor kawan, faktor brand, faktor saiz dana, faktor saiz syarikat – langsung tidak mempengaruhi prestasi dana.

******

Mulai kelmarin, dana ini “jatuh”.

Pelabur yang bijak akan memilih waktu-waktu sebegini kerana ia ibarat membeli-belah di waktu “jualan murah”

Tuan-Puan boleh semak sendiri di website Bloomberg untuk melihat detail dana ini.

https://www.bloomberg.com/quote/PRUALIL:MK

Antara asset allocation dana ini ialah pada saham-saham bluechip seperti Sime Darby, TNB, IHH Healthcare, Axiata dan Digi.

Untuk rekod, dalam masa 10 tahun dana ini memberi pulangan purata 10% tahunan dan mendapat tempat no 1 dalam kategori Equity Shariah Malaysia. Boleh rujuk melalui website My.morningstar, sebagaimana gambar kedua.

Tahap preservation dana ini pun mempunyai rating tinggi oleh Lipper.

Rujuk http://afyan.com/tip-pelaburan-saham-amanah-preservation.h…/

Volatility dana ini juga tidak terlalu tinggi tidak terlalu rendah iaitu 8.3.

Berdasarkan faktor volatality ini, ia sesuai untuk pelabur yang bersedia menerima risiko 8.3% dan potensi pulangan 8.3%.

Berdasarkan rekod, dana ini pernah mencatat pulangan melebihi 8.3% dan jatuh kurang daripada 8.3%

Ini juga adalah ciri dana yang bagus iaitu; boleh naik melebihi kadar volatality dan jatuh kurang daripada persatuan volatility.

*****

Ada yang berminat untuk melabur ke dana ini? Boleh hantarkan mesej ke m.me/afyan.ifp dan tuliskan “Saya nak invest di Dana Al Ilham”

(Untuk melabur, saya utamakan yang mempunyai KW5P atau tunai melebihi RM10K.)

Atau, ada yang berminat untuk menyertai team saya INFAQ Consultancy dalam bisnes Single License Investment?
Boleh hantarkan mesej ke m.me/afyan.ifp dan tuliskan “Saya nak join bisnes SLI bersama INFAQ”

(Untuk join bisnes, saya galakkan rakan-rakan yang berada dalam bidang perkhidmatan kewangan seperti ejen takaful atau ejen unit trust.)

NOTA: Ini adalah pelaburan jangka masa panjang dan tidak sesuai untuk anda yang inginkan keuntungan di bawah tempoh 3 tahun.

Ini adalah antara dana unit trust terbaik di Malaysia – Eastpring Dana Al Ilham.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?