Kawalan Di Pintu Masuk Masjidil Aqsa

Gambar selife di salah satu pintu masuk ke Masjidl Aqsa.

Nampak sepasang askar Israel tu?

Sebenarnya hendak ambil gambar askar-askar itu sahaja, tapi diberi amaran siap-siap oleh pemandu pelancong kami supaya jangan sembarangan merakam gambar askar Israel. Nanti tak pasal-pasal telefon kena rampas.

Jadi saya guna teknik ambil gambar selfie untuk rakam gambar mereka. Bijak kan? Hahaah…

Untuk makluman, inilah keadaannya di setiap pintu masuk ke kawasan Masjidil Aqsa. Akan ada sekumpulan askar Israel yang jaga.

Bukan seorang, bukan 2 orang, bukan 3 orang. Kalau tak silap saya cecah 10 orang dalam satu kumpulan.

Pakai pakaian askar seumpama bersiap siaga untuk berperang. Setiap orang ada senapang dan pakai baju kalis peluru.

Walhal jaga pintu pagar masjid je kot.

Itulah gambaran kepada ketakutan mereka kepada umat Islam.

Bayangkan jika umat Islam bersatu?

Bersatu? Rasa macam mustahil buat masa sekarang. Masa demonstrasi depan kedutaan Amerika tadi pun berebut crowd.

Catatan dan gambar lain dalam #Travelog3Kembara.

Foto Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?