Tahukah anda, 3 tahun dahulu saya pernah kena qunut nazilah oleh Norsham Alfafa ini?

Dan hari ini ialah ulangtahun ke-3 posting doa tersebut dan FB mengingatkannya.

1

Boleh baca posting asal Norsham di https://www.facebook.com/ustaznorsham.abdaziz/posts/747929758566589

Dalam posting berkenaan, turut dikaitkan dengan guru saya dan juga tokoh kewangan Islam, Al Fadzil Ustaz Aznan Hassan kononnya menyebelahi beliau.

Antara doa beliau (selepas translate kpd tulisan normal. Tulisan asal ialah capslock);

“Kalau dia, Afyan betul, Allah tidak akan memakbulkan doa jemaah kita di hadapan kaabah. Tapi kalau niat kita betul, dan dia sendiri tidak pernah bertemu ana, bercakap atas dasar fitnah, Allah akan memakbulkan doa-doa kita”.

Selepas 3 tahun, pelbagai perkara yang berlaku ke atas Alfafa dan kemuncaknya mereka gagal menunaikan janji pembinaan rumah untuk batch yang pertama, Jun 2013 yang selewat-lewatnya siap September 2016 lepas.

Kini, mereka sedang mengambil tindakan mahkamah ke atas saya yang akan dibicarakan pada 20 Disember kelak.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?