fbpx

Kronologi ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang (Kemaskini 25 Disember 2018)

  • 5 years ago
  • 5Minutes
  • 945Words
  • 1962Views

Posting ini kali pertama diupload ke FB pada tarikh 16 Oktober 2015.

Dikemaskini:  4 November 2016

Dikemaskini: 22 Disember 2017

Dikemaskini: 25 Disember 2018

16 Disember 2014:
Pertama kali saya update status tentang ARBA, sudah mengesyaki sesuatu yg tidak kena.

Ketika itu geng-geng ARBA mengatakan mereka tak sama dengan ARBA Emas.

Mereka katakan, ARBA adalah penggerak MLM dari syarikat CWC (Classic World Corporation) yang mendapat esen sah AJL dari KPDNKK.

Rujuk: sini

10 Januari 2015
Saya kongsikan satu perbualan melalui FB Messenger dengan seorang peserta ARBA.

Saya syak plan mereka mempunyai unsur tidak patuh syariah dan money game.

Saya berikan jaminan, jika ia wujud dalam masa 3 tahun lagi dan mempunyai penasihat syariah – Saya akan join.

Saya kongsikan satu perbualan melalui FB Messager dengan seorang peserta ARBA. Sumber asal di sini.

Kemudian, saya terbaca pula posting Tuan Syaizul Amal tentang ARBA.

Saya terbaca pula posting dgn gambar ini dari FB Tuan Syaizul Amal tentang ARBA.

Lalu saya membuat simulasi sendiri bagaimana sistem money game ARBA.

Susulan itu, ramai geng-geng ARBA tidak puas hati mengatakan saya tidak mendapat maklumat yg secukupnya.

Jadi, saya menawarkan kpd mana-mana ARBA utk datang ke pejabat saya untuk bersemuka.

Rujuk status FB saya ini, tentang tawaran tersebut. Tapi tiada sesiapa yang berani sambut tawaran saya.

12 Januari 2015
Saya kongsikan satu laporan dari Law Jurnal tentang satu kes skim cepat kaya yang dibawa ke mahkamah, yang mempunyai modus operandi mirip ARBA.

Rujuk https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10205340269976954

13 Januari 2015
Ahli ARBA mendakwa pan MLM mereka sudah patuh syariah kerana mendapat lesen AJL dari KPDNKK yang dikatakan sudah disemak oleh JAKIM.

Maka saya bertanyakan kepada rakan-rakn di JAKIM berkenaan perkara ini.

Rujuk juga https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10205348371619490:0

25 Februari 2015
Satu posting geng ARBA mengatakan seorang ustaz di Jordan tidak memberi komen tentang sistem ARBA tiada masalah, dan mengaitkan dengan cara saya yang terburu-buru.

Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10205655186809678:2

3 April 2015
Ada geng ARBA mengatakan mereka sudah mendapat penasihat syariah.

Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10205929878036787:0

13 April 2015

JAKIM kantoikan ARBA.


JAKIM mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa plan MLM ARBA tidak mendapat pengesahan patuh syariah dari JAKIM.

Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10206006869601528:0

13 Oktober 2015
ARBA kantoi lagi. Kali ini kena kantoi dengan KPDNKK.

Melalui laman web KPDNKK, rupa-rupanya lesen MLM syarikat CWC sudah dibatalkan sejak 30 September 2015

Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10207313665510609

KEMASKINI:  4 NOVEMBER 2016

27 Oktober 2015
Satu mesej FB seorang netizen dengan Dr Faisal yg dikatakan penasihat syariah ARBA mengatakan bahawa pada bulan 11 akan diumumkan status patuh syariah ARBA

Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10207388133212255

27 Oktober 2015
Seorang yg menggunakan nama FB HElmi Manan mencabar debat terbuka berhubung isu ARBA. Apabila saya menerima, diam seribu bahasa.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10207386850140179

18 Februari 2016
Satu video berhubung penerangan modus operandi ARBA / CWC dibuat oleh CEO mereka, bocor dan disiarkan di FB. Namun dinafikan oleh para penggiat ARBA bahawa itu adalah modus operandi lama. Apabila dipersoalkan bahawa yg lama itu tidak patuh syariah, mereka tiada respon kukuh.

Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/videos/vb.1554505576/10208101829574218

19 Februari 2016
Saya menghantar surat terbuka kepada Dr Faisal yg dikatakan sebagai penasihat syariah ARBA. Namun tiada sebarang respon bertulis daripada beliau hingga sekarang.

Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ifp/posts/1701165726833708

7 Mei 2016
Saya siarkan beberapa mesej saya kepada CEO CWC / ARBA melalui FB beliau, Cermin Diri sejak 18 Februari 2016 hendak berjumpa face to face dengan beliau, namun tiada respon diberikan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10208796948951768&set=a.2000489422600.117977.1554505576&type=3

27 Mei 2016
Syarikat ini sudah dimasukkan ke dalam watchlist BNM

Dah masuk watchlist BNM

Rujuk:
https://www.facebook.com/afyan.ifp/photos/a.1683140941969520.1073741828.1683130978637183/1746297355653878/

Julai 2016
Nama CWC dan ARBA disebut-sebut dalam satu kertas kerja dibentangkan dalam muzakarah penasihat syariah anjuran JAKIM berhubung isu-isu berkaitan skim cepat kaya yg turut dihadiri oleh para penasihat perbankan Islam, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan lain-lain.

6 Ogos 2016
Sempat bergambar di hadapan pejabat syarikat ini yg mampu memberikan pulangan lebih hebat dari Tabung Haji, ASB, KWSP…

Nak ziarah geng ARBA, depa cuti pulak dah…

https://www.facebook.com/afyan.ifp/photos/a.1685339751749639.1073741829.1683130978637183/1778129019137378

17 Ogos 2016
Saya dimasukkan ke dalam satu group telegram ARBA. Tidak sempat saya ikuti perkembangan di sana sudah kena kick.

Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ifp/photos/a.1683140941969520.1073741828.1683130978637183/1783357571947856/?type=3

4 November 2016

Mereka masih bebas beroperasi, dan yg paLing menarik mereka berjaya mengaburi mata awam apabila berjaya menjadi penaja rancangan seperti Gema Gegar Vaganza dan Akademi Silat.

KEMASKINI: 22 DISEMBER 2017

21 Februari 2107

Saya kongsikan berita tentang penasihat syariah ARBA yang meletakkan jawatan di sini.


Plot cerita ini saling tak tumpah dengan kes Tok Belagak / Darul Emas Perak  suatu ketika dahulu.
Kedua-duanya bergaduh dengan saya. Hoho!

19 Disember 2017

Selepas setahun agak menyepi, seorang rakan berkongsi berita, beliau disaman oleh ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang.

Surat saman dari ARBA. Detail di sini

20 Disember 2017

Selepas setahun menyepi, tiba-tiba bergegar seantero Malaya, PDRM  keluarkan senarai 30 syarikat sontot yang menipu pelabur dengan jumlah RM3.8 billion!

Yang penting, salah satunya ialah syarikat CWC / ARBA / Kopi Pak Belalang.

PDRM keluarkan senarai 30 syarikat sontot yang menipu pelabur dengan jumlah RM3.8 billion, antaranya ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang. Bacaan lanjut di sini.

22 Disember 2017

Selepas beberapa tahun pembongkaran-pembongkaran saya terhadap ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang, mereka mengatakan mereka akan sama saya.

Saya tunggu punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tungguuuuuuuuuuuuuu…. Berapa banyak tunggu daaaaaa….. Masih tak kunjung tiba.

Bila mau saman daaaaaaaaa….?????

Bacaan penuh drama saman menyaman ini di sini.

KEMASKINI 25 DISEMBER 2018:

Krik, krik…. Krik, krik…
Aku tanya apa khARBAr?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

25 Comments
  1. Avatar
    • Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
    • Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar
  8. Avatar
  9. Avatar
  10. Avatar
  11. Avatar
  12. Avatar
  13. Avatar
  14. Avatar
  15. Avatar
  16. Avatar
  17. Avatar
  18. Avatar
    • Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pindahkan portfolio pelaburan kepada dana yang tinggi kadar preservation. “PRESERVATION”…