fbpx

Matematik Allah Berbeza Dengan Matematik Manusia

Muhasabah bersama.

Kartun ini mengingatkan saya pada satu peristiwa.

Matematik Allah Berbeza Dengan Matematik Manusia

Pernah dalam satu program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMWanjuran sebuah kerajaan negeri di satu kawasan pedalaman, seorang peserta dari kalangan ibu tunggal berkongsi pengalaman dan tanyakan soalan.

Beliau menjadi ibu tunggal sejak anak-anaknya masih kecil. Katanya hidup beliau sangat susah dan tidak mampu untuk memperuntukkan simpanan hatta RM10 pun sebulan sebagaimana yg saya cadangkan dalam seminar.

Apabila saya tanyakan beliau, bagaimana keadaan anak-anaknya beliau berkongsi semua anak-anaknya memahami situasi keluarga mereka.

Malah anak-anaknya juga berjaya dalam pelajaran di peringkat masing-masing. Semuanya masih belajar dalam pelbagai peringkat dari sekolah rendah hingga ke universiti.

Respon saya kepada beliau, anak-anak itulah rezeki yang Allah berikan kepadanya yang bukan dalam bentuk wang ringgit. Dan apabila saya respon begitu, barulah beliau sedar walaupun hidupnya serba kekurangan selama ini tapi tak pernah sampai wang tak cukup sehingga terpaksa meminta-minta.

Saya tegaskan, wang itu rezeki tapi rezeki bukan sekadar wang.

Rezeki itu luas. Rezeki bukan sekadar harta material.

Anak-anak yang soleh, adalah rezeki.
Tubuh badan yang sihat adalah rezeki.
Masa lapang pun adalah rezeki.

Kawan-kawan,

Selepas program, saya muhasabah diri sendiri dan bandingkan dengan ibu tunggal tadi. Setiap kali saya mengendalikan program seminar sebegini, pasti saya belajar sesuatu dari pengalaman para peserta.

Selepa ini boleh “tune” sikit doa yang kita minta dari Allah. Jika selama ini kita selalu minta Allah berikan kita rezeki yang banyak, cuba ubah sedikit kepada meminta rezeki yang berkat dan cukup.

Mudah-mudahan rezeki yang kita dapat sebagaimana kartun sebelah kanan. Walaupun dari sudut angka tidak sebanyak sebelah kiri, tapi matematik Allah berbeza dengan matematik manusia. Kesihatan yang baik dan anak yang soleh, tidak dapat ditukar ganti dengan dengan harta dan gaji.

Sekian motivasi pagi daripada Tuan Garu Haji PU Yan. Follow beliau di FB Afyan Mat Rawi utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Seminar Bijak Merancang Wang 2018 seterusnya akan dianjurkan di KL, Melaka, Sungai Petani, Johor Bharu dan Kuantan.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com