Menghadapi Kegawatan Ekonomi

10628613_10204979310193185_3737020201346417773_n

 

Sedikit demi sedikit tanda-tanda krisis ekonomi muncul.

Dalam surah Yusof, antara strategi Nabi Yusof adalah menyediakan bekalan gandum secukupnya sebelum masuk musim kemarau.

Gandum yang dituai pada musim subur ditinggalkan sebahagian sebelum masuk musim kemarau.

Strategi bernas Nabi Yusof berjaya menyelamatkan Mesir daripada krisis pada musim kemarau tatkala negara-negara sekitar Mesir terjejas.

Musim subur adalah masa untuk menuai dan menyimpan gandum. Hasil tuaian gandum selama 7 tahun cukup untuk digunakan selama 14 tahun termasuk 7 tahun musim kemarau.

Jika dahulu gandum, maka sekarang – apa?

Beras, makanan ruji?

Emas?

Wang tunai?

Wang tunai nilainya makin susut.

Emas pula harga sedang rendah.

Beras pula agak tidak logik utk disimpan.

Atau apa?

Pegangan tunai amat penting untuk menukar tunai kepada beras.

“Cash is King” – Sesiapa yang mempunyai tunai dialah raja. Tunai dalam akaun bank, deposit tetap, ASB, Tabung Haji – yang paling mudah cair.

Juga aset-aset tidak tunai tapi boleh dicairkan dgn segera seperti portfolio saham atau emas – yang perlu dijual untuk mendapatkan tunai. Jika hartanah pula boleh dibuat refinancing utk mendapatkan tunai.

Ia kembali kpd tunai utk survive di zaman gawat, kecuali tunai ringgit Malaysia sudah tidak ada langsung nilainya.

 

infaq

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?