Sambungan #Travelog3Kembara

Catatan ini ditulis ketika dalam perjalanan dari Amman untuk memasuki sempadan Jordan – Palestin yang terpaksa melalui imegresen Israel.

Gambar yang disertakan ialah itenary asal yang dibekalkan seminggu sebelum perjalanan.

Berikut ialah catatan tersebut;

Sabtu, 21 Januari 2017 saya selamat tiba di bumi Jordan. Rujuk juga video yang saya upload semalam.

KENANGAN CITA-CITA MELANJUTKAN PELAJARAN KE JORDAN

Pada tahun 1997 apabila tamat SPM, saya bercita-cita menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang bahasa Arab.

(Saya pernah nukilkan catatan ini di http://afyan.com/08-08-08.html)

Keputusan percubaan SPM saya yg cemerlang digunakan utk memohon melalaui Unit Pengambilan Universiti (UPU).

Alhamdulilah, keputusan SPM saya juga cemerlang di SMKA Sheukh Abdul Malek, Kuala Terengganu untuk batch SPM 1997.

Namun, ALLAH sebaik-baik perancang.

Krisis ekonomi Asia tahun 1997-1998 memberi kesan kepada ekonomi negara sehingga menyebabkan pelajar-pelajar yang belajar di luar negara dihantar pulang ke Malaysia.

Jika pelajar yang sedang belajar pun dihantar pulang, apatah lagi pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara – memang tiada harapan.

Sudah ditetapkan di dalam aturan ALLAH, walaupun saya meletakkan pilihan pertama dlm borang UPU utk menyambung pelajaran ke Jordan, disokong dgn keputusan SPM 6 Aggreget – saya diterima utk memasuki Matrikulasi UIAM.

UIAM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; ada juga perkataan “antarabangsa”, kira ok la. Hahaha

Kini, selepas 20 tahun cita-cita itu tercapai juga pada tahun 2017 untuk “menyambung pelajaran” di Bumi Jordan.

Ada hikmah juga saya tidak direzekikan Allah sambung pelajaran dalam bidang bahasa Arab di Jordan 20 tahun dahulu. Jika tidak tentu sekarang bergelar “ustaz”.

Gagal menyambung dalam bidang Bahasa Arab di Jordan, saya menyambung dalam bidang undang-undang di UIAM. Satu bidang yang saya tidak pernah terfikir.

Sebenarnya, masa saya isi borang itu saya tersilap buat pilihan. Saya sangkakan bidang syariah, tapi rupa-rupanya bidang undang-undang, manakala bidang syariah hanya ditawarkan sebagai piihan selepas tamat degree pertama bindang undang-undang.

The rest is history.

Maaf, panjang pula muqaddimah. Ok, saya sambung kisah sebenar di bawah 🙂

DI BUMI JORDAN

Tiba di Jordan jam 11 pagi waktu tempatan, atau jam 5:00 petang waktu Malaysia.

Rombongan kami seramai 54 orang dibahagikan kepada 2 kenderaan; sebuah bas dan sebuah van. Saya menaiki van bersama rakan-rakan yang datang tanpa pasangan. Group “bujang sementara”.

Dari lapangan terbang kami bergerak ke restoran Abu Zaghlag utk makan tengah hari dan solat jamak zuhur asar.

Kemudian kami bergerak menuju ke sempadan Jordan – Palestin.

Perjalan mengambil masa kira-kira 2 jam dan melalaui kawasan Laut Mati.

MEMASUKI SEMPADAN JORDAN – ISRAEL

Ketika saya menulis catatan ini, waktu di Amman ialah jam 5:30 petang dan baru masuk waktu maghrib 21 Januari 2016.

Kami dalam perjalan memasuki sempadan Jordan – Palestin untuk menuju ke Jeruselam, di mana kota Baitul Maqdis yang sedang ditawan puak Zionis.

Jam 5:30 petang kami mula masuk ke kawasan sempadan.

Entah kenapa hati betul-betul berdebar.

Dari dalam van nampak sekatan askar Israel…..

“Askar Israel tu”, bisik saya kepada Hafiz, rakan sebelah saya.

Sampai di sekatan tersebut tiba-tiba penandu pelancong kami memberi salam dan dijawab oleh “askar Israel” tersebut.

Oh, rupa-rupanya polis Jordan. Bukan askar Israel.

Suspen betul.

Sekatan seterusnya juga daripada askar Jordan.

Kemudian kami tiba di sekatan scanning bagasi. Semua kami menurunkan beg untuk discan.

Setersnya barulah sampai ke kaunter imegresen Jordan. Di sini proses agak lama, memandangkan hanya 1 kaunter sahaja yang dibuka dari 5 kaunter.

Selepas itu, semua bergerak ke dalam bas termasuk yang menaiki van tadi.

Kami melepasi 2 sekatan polis Jordan, 1 sekatan x-ray bagasi Jordan dan kawalan imegresen Jordan sebelum masuk ke Jeruselam.

Dari Imegresen Jordan, pemandu pelancong Jordan melepaskan kami utk masuk ke sempadan Israel. Mereka tidak turut serta.

Dari imegresen Jordan menuju ke sempadan Jeruselam jaraknya tidak sampai 1 km sahaja, tapi ada 1 lagi sekatan tentera Jordan.

Kali ini askar Jordan itu menaiki bas dan memeriksa satu persatu pasport kami utk pastikan sudah dicop.

6:40 sampai di Imegresen Isarel. Hati semakin berdebar-debar.

MEMASUKI NEGARA HARAM ISRAEL

Kami turun bas dan memasuki imegresen Israel.

Kami sudah dipesan awal-awal, jangan sekali-kali mengambil gambar dan membuat rakaman.

Tangan saya memang gatal sepanjang berada dalam imegresen Israel untuk mengambil gambar dan membuat rakaman.

Tambah pula melihat wajah-wajah pegawai Israel di depan mata buat pertama kali.

Saya sempat bertanya;

“Why are you so stupid?”

Tapi hanya tanya dalam hati sahaja. Hahahah

Ada beberapa orang rakan yang disoal-siasat lama lantaran sebab-sebab yg langsung tidak munasabah.

Saudara Husainy Mohd Ali memaklumkan, isterinya kena scan 10 kali sebelum “dibebaskan”. Gara-gara barang kemas yang dipakainya. Boleh baca pengalamannya di ruang komen.

Saudara Mohd Hafiz Abdul Halim yang menjadi teman sekerusi saya sepanjang perjalanan Jordan – Palestin pun kena tahan lama gara-gara namanya ada perkataan “Abdul” dan “Mohd”. Pasport barunya yang masih kosong pun disoal oleh pegawai Israel.

“Saya ingat tadi, kena buka baju buka seluar masa siasatan tadi”, cerita Saudara Hafiz mengenai pengalamannya.

Selepas sejam, barulah semua proses selesai.

Jam 7:35 malam kami memasuki bas pelancong yang dibantu oleh pemandu pelancong Palestin pula.

Berdasarkan pemandu pelancong ini, kami bertuah kerana sempat juga melepasi sempadan sebelum pintu sempadan ditutup.

Barang diingat, kami lewat tiba di Lapangan Terbang Amman akibat penangguhan penerbangan pesawat menyebabkan itenary asal terjejas. Rujuk catatan sebelum ini.

Berdasarkan jadual itenary asal, sepatutnya kami memasuki Palestin melalui pintu sempadan satu lagi tapi ia hanya dibuka setengah hari memandangkan hari ini hari Sabtu.

Sekarang, perjalanan malam dari sempadan Jordan – Palestin menuju ke Jeruselam.

Catatan selepas ini: Memasuki Baitul-Maqdis.

Untuk memberi semangat saya terus menulis pengalaman ini, sudilah kiranya Tuan-Puan komen, like dan kongsikan tulisan ini.

Untuk baca catatan awal, boleh klik tajuk album “Travelog 3 Kembara” di atas.

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?