๐—ฃrntadbiran Pusaka | Berwasiat vs Tidak Berwasiat

  • Reading:5Minute:s
  • PostView Count:106Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—” | ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง ๐—ฉ๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง
Kita sedia maklum bahawa setiap permulaan akan ada pengakhiran atau setiap yang hidup akan sampai ke penghujungnya iaitu mati.

Segala harta alih dan harta tak alih yang dicari ketika hidup akan menjadi harta pusaka setelah kita meninggal dunia.

Hari ini saya akan terangkan dahulu perbezaan berkaitan pentadbiran harta pusaka yang ditinggalkan berwasiat dan pentadbiran harta pusaka yang tidak membuat wasiat ketika hidupnya.

Saya mulakan dengan ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ช๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian sahaja, maka semua harta si mati sama ada harta alih dan harta tak alih diletakkan sebagai status harta beku. Harta beku tidak boleh dibuat apa-apa transaksi sama ada menukar milik atau membuat pengeluaran atau menjual harta simati.

Jadi, bagi ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ tersebut, waris perlu melalui proses-proses yang berikut:

1. Cari serta ๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ. Semua waris perlu dikenalpasti dan dijejaki. Jika waris telah mati, dapatkan sijil kematian waris tersebut. Bagi waris yang telah lama hilang, perlu mendapatkan Perintah Anggapan Kematian daripada Mahkamah Tinggi Sivil.

2. Semua waris faraid simati perlu berkumpul dan berbincang bagi ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฑ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ. Pelantikan pentadbir hendaklah dipersetujui semua waris dan dibuat secara bertulis di dalam satu dokumen. Pentadbir bagi harta pusaka simati boleh dilantik dikalangan individu (kebiasaannya dikalangan waris) atau melantik syarikat peramanahan seperti Amanah Raya Berhad.

3. Cari serta ๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” yang ditinggalkan sama ada harta alih dan harta tak alih diatas nama dan milik simati.

Oleh kerana si mati tidak membuat wasiat, kemungkinan dokumen-dokumen berkaitan hartanya juga tidak disimpan dengan baik dan mengalami kesukaran kepada pentadbir. Maka, pentadbir perlu mendapatkan semua dokumen tersebut.

4. Buat ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ. Nilai harta akan menentukan ke mana tempat untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration- LA). LA boleh dimohon di:
(A)Mahkamah Tinggi Sivil โ€“ Harta alih dan tak alih melebihi RM 2 juta / Harta alih sahaja melebihi RM 600,000
(B)Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil โ€“ Harta alih DAN tak alih bersamaan atau kurang RM 2 juta (wajib ada harta tak alih cth tanah/rumah)
(C)Amanah Raya Berhad โ€“ Harta alih sahaja bersamaan atau kurang RM 600,000

*Untuk makluman Amanah Raya Berhad (ARB) boleh menjadi pempetisyen simati di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil sepertimana yang termaktub di dalam Akta Pusaka Kecil(Pembahagian) 1955 seksyen 8 dan
ARB juga boleh menjadi pentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil seperti di dalam Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532) bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir dan mentadbir harta simati tersebut daripada awal sehingga selesai dibahagikan kepada waris simati .

5. Untuk makluman semua, bagi simati beragama Islam, waris perlu memohon Sijil Faraid di Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Sijil Faraid menerangkan maklumat berkaitan nama waris-waris yang berhak dan kadar bahagian setiap waris. Dengan sijil faraid kita dapat menjawab persoalan siapa waris sebenar simati dan berapa kadar setiap waris itu dapat . Sijil Faraid memastikan tiada kezaliman dan keciciran ke atas setiap waris simati yang berhak.

6. Selepas mendapatkan Sijil Faraid, waris atau pentadbir perlu memohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA) di mana-mana institusi seperti diatas bergantung kepada nilai harta pusaka.

Jika melibatkan permohonan pentadbiran pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil, pentadbir dan waris yang membuat sendiri tanpa melantik syarikat peramanahan maka perlu menyediakan dua orang penjamin yang memenuhi syarat tertentu seperti harta penjamin adalah sama nilai dengan harta pusaka simati dan juga waris perlu menyediakan peguam untuk memudahkan proses permohonan. Jika melantik syarikat peramanahan sebagai pentadbir pusaka simati, seperti Amanah Raya Berhad, waris tidak perlu mendapatkan dua orang penjamin tersebut .

7. Selepas mendapatkan LA, barulah pentadbir LA boleh mencairkan harta pusaka simati seterusnya pentadbir boleh membayar hutang si mati dan membahagikan kepada waris-waris mengikut kadar yang ditentukan. Pentadbir LA juga boleh melakukan permohonan pindahmilik di semua institusi yang berkaitan.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat memang satu proses yang panjang dan memakan masa, boleh menjangkau sehingga 3 ke 5 tahun sekiranya semua waris tidak memberikan kerjasama .

Proses yang panjang ini juga boleh menyebabkan KOS yang lebih tinggi.
Lebih parah lagi jika ada masalah-masalah seperti :

(A) Waris tidak mengetahui cara/proses bagi membuat dan mendapatkan tuntutan harta pusaka;
(B) Terdapat waris hilang tidak dapat dijejaki;
(C) Waris tiada kata sepakat bagi melantik pentadbir atau tiada kata sepakat dalam urusan pembahagian harta pusaka;
(D)Terdapat tuntutan daripada pihak lain;
(E) Dokumen-dokumen tidak lengkap;
(F)Waris tidak mempunyai masa atau sibuk untuk menguruskan proses tuntutan;

Disini jelas kita dapat lihat bahawa pentingnya wasiat disediakan semasa hidup, supaya proses tuntutan yang panjang ini tidak dilalui dan masalah-masalah lain tidak timbul.

Berkenaan pentadbiran pusaka yang berwasiat akan saya terangkan pada status yang akan datang.

Cuma sebelum berakhir ada satu yang ingin saya katakan iaitu ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฑ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ผ๐˜€.

Nak tahu kos Pentadbiran Pusaka dan cara kiraan fee pusaka boleh klik link ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5478769238805347&id=100000169758857

Jadi, Adakah tuan/puan telah menyediakan suatu dana yang pantas bagi membantu serta memudahkan waris dan pentadbir dalam menguruskan harta pusaka tersebut.

Ahmad Mustapha
#SukaCeritaPasalPusaka
#PenyelesaianKosPusaka
INFAQ Consultancy
#Pusaka
#DanaPantas
#PusakaBerwasiat
#PusakaTakBerwasiat
# Afyan Mat Rawi Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai -…