October 21, 2020
10 Sebab Perlu Ikhlas Didik Anak
Ada 10 sebab kenapa kita perlu ikhlas di dalam mendidik anak-anak:
- Menjadikan kita fokus pada usaha mendidik, meningkatkan kualiti didikan dan meninggikan ‘engagement’ (keterlibatan) didikan kita dengan anak-anak.
- Menjadikan kita sedar bahawa tugasan kita adalah untuk berusaha dan berharap manakala ketentuan adalah pada kuasa Allah SWT semata-mata.
- Menjadikan usaha mendidik sebagai satu usaha bukan satu matlamat.
- Mengelakkan terlampau fokus kepada ‘result’ tetapi sebaliknya kepada usaha.
- Mengelakkan kita menjadi terlampau bangga dengan kejayaan tertentu pada anak-anak hinggakan muncul rasa kejayaan itu adalah semata-mata kerana kita.
- Mengelakkan kita menjadi terlampau ‘down’ atas ketidakcapaian anak-anak dalam sesuatu perkara hinggakan muncul perasaan bersalah yang tidak berkesudahan.
- Tidak menjadikan kasih sayang hanya tertumpu kepada anak-anak yang ‘menjadi’ tetapi diabaikan pada anak-anak yang ‘diuji’.
- Hilang rasa ‘dendam’ kepada anak-anak yang tidak sealiran dengan apa yang kita ingini.
- Menjadikan hubungan ‘ibu ayah’ dan anak-nak sebagai hubungan yang murni.
- Mewujudkan rasa lepas dan lega atas usaha didikan yang dilakukan.
Hadith pertama di dalam Hadith 40 Imam Nawawi ialah berkenaan dengan niat. Manakala niat banyak berkait dengan keikhlasan. Selesai masalah keikhlasan maka telah selesailah sebahagian besar sesuatu urusan.
Status ini di petik dari FB Page Dr. Mohd Izhar Ariff
Beliau baru lancarkan naskhah buku digital yang mengandungi tip-tip parenting berpandukan
Kitab Tarbiyatul Awlad.
Klik di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran