fbpx

13 Ciri Wasiat Yang Bagus (Point Terakhir Paling Penting)

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 437Words
  • 486Views

13 Ciri Wasiat Yang Bagus

 

1. Ia dimulakan dengan kata-kata nasihat kepada ahli waris.

 

2. Senaraikan semua ahli waris yang berhak mewarisi harta pusaka. Jika poligami, senaraikan semua isteri dan anak-anak kandung. Lebih-lebih lagi jika poligami yang dirahsiakan.

 

3. Senaraikan aset-aset yang bakal menjadi harta pusaka bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti geran hartanah, salinan akaun bank, salinan polisi takaful dan sebagainya.

 

4. Senaraikan juga semua hutang piutang, termasuk hutang dengan ALLAH dan hutang dengan makhluk. Hutang dengan makhluk termasuk hutang dengan institusi kewangan yang direkodkan dalam CCRIS dan hutang yang tidak ada rekod rasmi. Hutang WAJIB dibayar walau tidak dituntut.

 

5. Nyatakan hasrat untuk wasiat pemberian harta untuk tujuan amal jariah. Contohnya waqaf supaya ia menjadi pahala kita di kubur.

 

6. Hasrat untuk wasiat pemberian harta kepada ahli keluarga yang bukan waris juga boleh dimasukkan. Ia sama macam no 5, tapi yang ini kepada individu seperti anak angkat, atau adik beradik yang bukan waris faraid. Kombinasi no 5 dan 6 tak boleh lebih 1/3 daripada keseluruhan pusaka.

 

7. Boleh masukkan nama pemegang amanah atau pentadbir harta, sama ada individu, peguam atau syarikat trustee.

 

8. Jika ada anak di bawah umur, letakkan nama penjaga anak untuk hak hadhanah.

 

9. Sediakan peruntukan daripada harta pusaka untuk kos pengurusan dan pentadbiran harta pusaka supaya ia tidak membebankan ahli waris.

 

10. Wasiat yang dibuat, hendaklah ditandatangani dan disaksikan oleh 2 orang saksi yang layak. Ia sangat penting untuk memastikan kesahannya kelak.

 

11. Letakkan tarikh dan kemaskini wasiat secara berkala supaya ia tidak ketinggalan dengan situasi kita semasa seperti jumlah hutang, ahli waris dan lain-lain. Takut nanti, wasiat yang kita tinggalkan, ialah maklumat 10 tahun lepas.

 

12. Pastikan wasiat yang kita buat diberi makluman kepada ahli-ahli waris untuk dapatkannya apabila kita meninggal. Buat wasiat tapi ahli waris tidak tahu bahawa kita ada wasiat, nanti tidak berguna juga.

 

13. Yang paling penting, perlu berikan ilmu tentang pusaka kepada ahli waris supaya mereka dapat menguruskan harta pusaka dengan bijak apabila kita tiada kelak. Wasiat sempurna mana pun, kalau ahli waris tak faham, berkemungkinan menimbulkan konflik pusaka.

Susahkah anda merancang pusaka dan wasiat ?

 

Berminat untuk mendapatkan konsultansi Pusaka ? Sila isi borang dibawah

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hari ni naik motor ke ofis. Singgah Petronas isi petrol,…