fbpx

Kisah Surau Al-Hajj – Dipengerusi Oleh Pak Jihad

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 242Words
  • 317Views

Cerita ini make senses.

Cuma cerita itu ada kisah yang tidak diceritakan.

Cerita asal disini dan ini kisah yang tidak diceritakan.

[Kalau yg malas baca, saya ringkaskan: Kisah Surau Al-Hajj – dipengerusi oleh Pak Jihad – AJK surau ambil keputusan untuk jual perabot lama kepada syarikat yang dimiliki oleh orang Cina – Pak Majdi, bekas pengerusi surau lama bantah dan pertikaikan kenapa bagi kepada orang Cina kafir – Pak Jihad pertahankan]

Sebenarnya semasa Pak Majdi jadi pengerusi, pernah berlaku isu yang sama.

AJK kebersihan melantik sebuah kontraktor yang dimiliki oleh orang Cina untuk membersihkan tandas surau.

Masa tu, Pak Jihad dan penyokong Pak Jihad membantah dengan alasan itu kompeni kafir.

Dan kemudiannya Pak Majdi selaku pengerusi membatalkan kontrak tersebut. Lagi pula ia dibuat tanpa pengetahuan Pak Majdi pada awalnya.

Dan tak lama kemudian, Pak Majdi digulingkan dan digantikan dengan Pak Jihad.

Apabila Pak Jihad jadi pengerusi, boleh pula dia lantik kontraktor Cina yang sama sebelum ini dia bantah.

“Tapi takpa, yang penting sekarang ialah Pak Majdi berjaya dijatuhkan”, kata Pak Jihad.

Pak Majdi konsisten, masa dia jadi pengerusi dia batalkan kontrak yang dibuat dengan kompeni Cina yang dibuat oleh AJK Masjid.

Manakala Pak Jihad dan penyokong pula, akan bangkang apabila dibuat oleh kumpulan lain tapi apabila kumpulan sendiri yang buat, ia jadi halal.

Akan ada ayat-ayat Quran, hadith serta peguam yang dicari sebagai sokongan.

Sekian cerita tambahan yang tidak diceritakan dalam cerita di atas.

Peace!

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Afyan, jika hibah Tabung Haji tahun ini rendah, apa nak…