fbpx

Perbezaan Takaful Medical Card dan Takaful Sakit Kritikal

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 381Words
  • 417Views

Dipetik dari laman web Riduanmalik.com . Dalam laman web beliau memberi info berkenaan Perbezaan Takaful Medical Card dan Takaful Sakit Kritikal

 

 

Perbezaan Takaful Medical Card dan Takaful Sakit Kritikal ialah Takaful Medical Card hanya melindungi peserta dengan membayar bil hospital manakala Takaful Sakit Kritikal melindungi peserta ketika ditimpa sakit kritikal.

Ia nampak sama tetapi tidak sama bahkan jauh beza.

“Oh saya dah ada Takaful, cover sampai 1.5 juta.”, kata seorang klien.

“Maaf tuan, boleh saya tahu pelan Takaful tuan yang cover sampai 1.5 juta itu?”,tanya saya.

“Medical Card, jadi saya rasa saya tak perlukan yang lain. Jumlah itu cukup besar untuk menampung saya ketika susah.”,

“Ok baik betul kata tuan, tapi tuan tahukah Medical Card itu hanya cover tuan ketika tuan dimasukkan ke hospital dengan membayar bil hospital tuan tapi macam mana pula jika orang yang pelannya sama seperti tuan ditimpa sakit kritikal?apakah dia masih mampu bekerja?”,balas saya.

“Tidak. Boleh terangkan tak?saya tak berapa jelas.”

“Ok tuan, takaful medical card hanya melindungi tuan dengan membayar bil-bil hospital tuan itu saja, tetapi takaful sakit kritikal pula melindungi tuan jika tuan ditimpa sakit kritikal,”,jawab saya.

Takaful Sakit Kritikal sebagai Perlindungan Pendapatan.

Pelan takaful ini sangat penting kepada breadwinner atau punca pendapatan dalam keluarga. Kerana jika mereka ditimpa musibah sakit kritikal ini, mereka akan mengalami kepayahan untuk meneruskan kehidupan untuk menyara keluarga.

Dengan kata lain, takaful sakit kritikal ini diberi secara sekaligus berbanding takaful kad medikal yang hanya melindungi peserta dengan membayar bil hospital saja.

Jumlah perlindungan atau pampasan yang terbaik untuk takaful sakit kritikal ialah 3-5 tahun.

Sebagai contoh, jika seseorang itu mempunyai pendapatan sebanyak RM3000 sebulan. Maka pelan takaful sakit kritikal yang terbaik untuk beliau ialah;

RM3000 x 12 x 3 / RM3000 x 12 x 5

Jumlah pampasan terbaik untuk 3 tahun : RM108,000

Jumlah pampasan terbaik untuk 5 tahun : RM180,000

Kedua-duanya saling melengkapkan.

Kedua-dua jenis pelan takaful saling memerlukan dan melengkapkan. Tetapi adalah menjadi keutamaan ialah pelan takaful sakit kritikal kerana pelan takaful ini penting bagi seseorang jika ditimpa sakit kritikal untuk menampung dan meneruskan kehidupan seterusnya.

Bukan itu saja, malah ia boleh juga digunakan untuk membayar hutang-hutang yang ada.

Dan selalunya sifat pelan takaful sakit kritikal ini ada yang bersifat accelerated dan additional dengan pelan asas.

Boleh rujuk sebut harga dan polisi masing-masing.

 

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Raw

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Berapa duit yang selalu kita dermakan? RM1? RM10? RM100?…