Takaful Ikhlas Melancarkan Program Bantuan Covid-19

Assalamualaikum & Salam Sejahtera daripada Takaful IKHLAS

Tuan/Puan Yang Dihormati,

Lanjutan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Syarikat Takaful Ikhlas Family Berhad juga melancarkan Program Bantuan Covid19 untuk peserta takaful yang layak bagi Penangguhan Bayaran Sumbangan Sijil Takaful.

Program ini bertujuan menyediakan perlindungan takaful kepada peserta semasa tempoh penangguhan bayaran sumbangan. Perlu dijelaskan bahawa program ini tidak secara automatik dan peserta takaful perlu memohon dengan menghubungi pihak takaful serta memenuhi kelayakan seperti di bawah.

Tarikh berkuatkuasa adalah pada 1hb April sehingga 31 Disember 2020, dan maksimum penangguhan bayaran sumbangan hanya tiga bulan sahaja.

 

Antara golongan yang layak memohon adalah seperti berikut :

1) Peserta Takaful yang dikuarantin di rumah
2) Peserta Takaful yang hilang punca pendapatan (gaji harian)
3) Peserta Takaful yang hilang pekerjaan (dibuang kerja)

 

Kaedah Permohonan :

To : ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
Subject : PERMOHONAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN :SIJIL XXXXXXXX

  1. Surat Doktor mengesahkan jangkitan COVID-19 (jika peserta takaful dijangkiti), atau
  2. Surat Pengurangan Gaji / Surat Penamatan Gaji Majikan, atau
  3. Surat Penutupan bagi perkhidmatan bukan penting oleh Pemilik Perniagaan, atau
  4. Bukti atau dokumen lain yang berkaitan, jika ada (contohnya: notis penutupan pusat penjaja), dan
  5. Salinan Kad Pengenalan (Wajib)

Kredit to Akiff Radzi

 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com