fbpx

Dituduh Jual Kereta Potong Yang Menjadi Viral

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 366Words
  • 319Views

Dipetik dari FB Ir Ajak Abdul Razak

Posting ini selepas posting penuduh yang viral 2 hari lepas.

Tapi posting itu sudah tiada. FB itu pun tidak aktif lagi.

Sesuatu yang mengikan.

KERETA HONDA CITY BERWARNA HITAM 
Plat Pendaftaran WSQ6650
Harga telah di jual RM22,888.00

Kronologi:

1. Wife saya beli kereta ini secara tunai (trade in kereta lama proton saga warna biru) dari usedcar berpejabat di Sekitar Seri Kembangan Selangor (tidak jauh dari Jaya Jusco) pada tahun 2017. Proses tukar nama berjalan baik pada masa itu. Sepanjang tempoh 2 tahun wife saya guna kereta ini di seremban tiada kemalangan

2. Saya iklan kan jualan kereta pada malam tarikh 24.7.2019. Buyer hasrat malu beli. Kita deal secara online. Kita bersangka baik. Pembeli bersetuju untuk beli. Pembeli bayar deposit awalan

3. Tarikh 25.7.2019. Wife saya seharian lakukan proses puspakom di Senawang seremban negeri sembilan. Buat bayaran tempahan proses melalui online. Kereta dibawa ke puspakom untuk ujian. Lulus B5 dengan ada sijil Sekitar jam 4pm hari yang sama

4. Pembeli buat bayaran penuh. (RM1,300.00 saya pulangkan semula kepada pembeli untuk kos insuran, cukai jalan & proses jpj tukar nama)
5. Wife saya bergegas pergi ke kaunter JPJ untuk tukar nama pada tarikh 26.7.2019 sebelah pagi\

6. Kereta & dokumen asal di serahkan melalui wakil pembeli di seremban pada tarikh 27.7.2019 sekitar jam 6.45am pagi di petronas depan terminal 1 station bas

7. Difahamkan wife pembeli telah buat terima tukar hakmilik di kaunter jpj kelantan sekitar tarikh 28.7.2019 sebelah pagi

8. Bermakna kereta ini telah menjadi milik mutlak secara sah penama pembeli pada masa sekarang

9. Cuma dalam tempoh masa sekitar anggaran selepas 12 hari di serahkan kereta (melalui wakil pembeli ) kepada pembeli tempohari pada tarikh 27.7.2019 masa Sekitar jam 6.45am pagi di seremban sehingga tempoh tarikh semalam 7.8.19 sekitar jam 6pm petang. pembeli mesej melalui telefon whatsapp. saya dan wife tiada pengetahuan apa apa yang berlaku ke atas kereta itu kerana kereta telah diserahkan secara tulus hati melalui semua prosedur proses yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ

10. Kita semua bersangka baik & positif dalam Transaksi ini. Saya hanya mewakili penama kepada wife saya

11. Laporan polis telah dibuat pada tarikh 10.8.2019 sekitar jam 10am pagi. Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa berwajib untuk tindakan selanjutnya

Harap maklum
Terima kasih😀

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bukan 1, tapi 3 kali Ir Ajak Abdul Razak buat report polis…