Baru beberapa hari lepas saya kongsikan perkara ini. Saya meragui HarapanCoin bukan sebab ia dari Kerajaan PH. Tahun lepas ketika Kerajaan Kelantan dikaitkan dengan syarikat Ecobit & Climate Protector, syarikat yang disenarai-hitamkan oleh BNM, saya turut melahirkan keraguan yang sama. Saya melahirkan keraguan dan kebimbangan kali ini atas asas yang sama, dibimbangi ia akan terjebak
Tiba-tiba teringatkan anak bongsu di rumah pengasuh. Bukan risau kejadian sama berulang, tapi tiba-tiba rasa rindu yang membuak-buak. Pengalaman saya, bukan mudah untuk mendapatkan pengasuh yang berkualiti dan memuaskan hati. Teringat memori anak sulong ketika mendapat pengasuh dahulu. Pengasuh pertama ialah jiran selang 2-3 buah rumah. Anak saya dijaga sejak dari selepas pantang. Alhamdulillah, semuanya
Semalam tidur agak awal, jadi terlepas pandang berita dalam group kawasan sekitar. Pagi-pagi digemparkan dengan berita kehilangan dan segera kematian bayi ini di rumah pengasuh. Usia anak ini tak jauh dari umur anak bongsu saya. Sebutan namanya pun hampir-hampir dekat sama. Rumah pengasuh pula kawasan sama kes kematian itu berlaku. Rumahnya juga rupa-rupanya tak jauh
Dalam tempoh 2 minggu, dua kes pembunuhan di kawasan saya, Batu Caves, Gombak. Minggu lepas kes pembunuhan pemandu Grab oleh warga asing. Semalam pula kes bayi terbunuh di rumah pengasuh. Beberapa bulan lepas kes pembunuhan Imam Palestin berlaku tak jauh dari Batu Caves, dalam kawasan Gombak. Cabaran besar untuk YAB Menteri Besar Selangor yang baru,
Harapancoin. Beberapa orang rakan bertanyakan saya perihal ini. Pertama kali ditanya pada seminggu atau dua minggu lepas. Cuma sehari dua ini ramai pula yang bertanyakan. Awalnya malas saya hendak selidik. Tapi apabila lebih daripada 3 orang bertanya dalam tempoh yang singkat, saya tergerak untuk buka website berkenaan. Sepintas lalu, saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena.
Beberapa kali gambar ini melintas di wall FB saya, tak perasan apa yang ditulis. Baru tadi tergerak hati membaca captionnya. Oh, rupa-rupanya tentang sikap positif pemain-pemain Jepun dan para penyokong mereka. Saya sempat berkelana di Osaka, Jepun beberapa tahun lalu, mengalami sendiri budaya di sana. Susah hendak jumpa kawasan bersampah. Mereka cukup berdisiplin menjaga kebersihan.
Rakaman siaran slot kewangan di dalam rancangan Assalamualaikum, TV Al-Hijrah dengan tajuk “Neraka Wang Aidilfitri”, minggu lepas. Sumber dari FB Afyan Mat Rawi