fbpx

Bakal Terjadi Apabila Kegawatan Ekonomi

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 427Words
  • 397Views

Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, 2 perkara terburuk bakal adalah:

  1. perbelanjaan meningkat,
  2. kita dibuang kerja.

Dibuang atau diberhentikan kerja adalah situasi terburuk, dan kita akan kehilangan pendapatan. Untuk menghadapi situasi ini, aset yang mudah tunai sangat penting. Dan kita masih mempunyai kudrat untuk melakukan kerja lain.

Bayangkan pula situasi, jika kita kehilangan pendapatan akibat kematian, lumpuh dan sakit kritikal – pendapatan kita hilang dan kita tidak mampu lagi bekerja?

Ini adalah lebih teruk daripada kegawatan ekonomi. Ia adalah malapetaka kewangan kepada diri kita.

Dalam situasi ini, persediaan kita yang paling ampuh ialah perlindungan takaful.

Polisi takaful dapat menyediakan aset segera yang tinggi dengan kos yang rendah.

Jika simpanan RM100 boleh menghasilkan RM15,000 masa 10 tahun, tapi RM100 di takaful mampu menyediakan RM200,000 ke RM500,000 dalam masa 24 jam jika kematian kemalangan.

Kenapa saya highlightkan tentang takaful?

Kerana di zaman ekonomi meleset, antara perkara yang mungkin akan terlintas di benak fikiran kita ialah – “membatalkan polisi takaful” – yang sebenarnya ia mendedahkan kita kepada risiko yang lebih buruk.


Jadi, jika tuan-tuan terfikir perkara ini, antara jalan yang boleh dibuat ialah:-

  1. keluarkan sebahagian nilai tunai, dan polisi tetap berjalan seperti biasa.
    Sebab itu banyak saya tegaskan tentang keperluan fokus kepada perlindungan dan bukan simpanan atau perlindungan ketika melanggan takaful.
  2. kurangkan manfaat yang kurang penting seperti manfaat pengeluaran tunai, pay out, elaun haji, elaun hospital, hadiah bersalin dan sebagainya. Fokus kepada manfaat utama di dalam kategori malapetaka kewangan sebenar yakni kematian, lumpuh, sakit kritikal, kemalangan dan medical card.
    Justeru, pegangan ke atas aset yang boleh dicairkan amat penting untuk menghadapi musim gawat kelak.
  3. Aset yang paling mudah tunai, seperti deposit tetap, Tabung Haji, ASB. Kekalkan dan jika ada lebihan, pindahkan juga ke dalam bentuk lain untuk dipelbagaikan.
  4. Aset yang memakan masa sedikit untuk dicairkan, seperti emas, saham, unit amanah. Semua ini perlu dijual untuk mendapatkan tunai dan proses jual beli emas, saham dan unit amanah tidaklah terlalu komplikated dan memakan masa yang panjang seperti hartanah.
  5. Aset yang boleh dicagarkan untuk mendapat tunai, seperti hartanah yang boleh re-finance atau emas yang boleh dipajak. Tapi akan mewujudkan kos baru dalam bentuk bayaran balik pinjaman hartanah atau kos simpan emas.
  6. Aset yang memakan masa yang panjang untuk dicairkan, seperti hartanah yang perlu dijual terlebih dahulu dan ia memakan proses yang panjang.
  7. Aset yang boleh menghasilkan aliran tunai positif secara pasif, seperti hartanah melalui sewaan atau pelaburan saham melalui pemberian dividen. Pelaburan emas tidak memberi sebarang aliran tunai.
  8. Aset kecemasan dalam bentuk polisi takaful yang menyediakan perlindungan yang tinggi dengan caruman yang rendah untuk persediaan malapetaka kewangan yang menyebabkan kehilangan pendapatan dan keupayaan bekerja.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini antara soalan yang saya terima dalam sesi forum malam…