Keperitan Lock Down 3.0

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:2Views

Membaca status-status dan komen rakan-rakan di FB, dan maklumat daripada rakan-rakan lain, menggambarkan situasi lock down kali ini lebih perit daripada apa yang disangka.

  • Ada yang terpaksa gadaikan segala aset yang ada untuk survival keluarga.
  • Ada yang terpaksa jual kereta bawah harga pasaran.
  • Ada nak jual rumah bawah harga pasaran, tapi masih tak laku-laku.
  • Ada yang baru jual handphone yang baru dibeli.
  • Ada yang sorokkan kereta sebab nak lari bank, sementelah jarang keluar rumah.
  • Ada yang serah kunci dekat bank sebab tak mampu dah nak bayar installment kereta.
  • Ada yang melihat orang beratur panjang dekat Ar-Rahn dengan wajah sugul. Mungkin nak gadai barang kemas.
  • Ada yang sudah kena potong gaji sejak PKP 1.0 dan bertahan dan terus bertahan.
  • Ada pengusaha restoran tomyam yang sudah setahun gulung tikar apabila yang para pekerjanya balik kampung di Thailand sejak tahun lepas sebekum PKP.
  • Ada trainer yang dari tahun lepas tak dapat sebarang job yang biasanya oleh Jabatan Kerajaan.
  • Ada pemandu teksi dan pengusaha Grab yang dari tahun lepas memang terjejas teruk.
  • Ada pusat tuisyen sudah setahun tak beroperasi.
  • Apa peniaga pasar yang baru hendak bernafas, kembali sugul apabila lock down diumumkan.
  • Ada general manager hospital maklumkan bahawa jumlah jualan mereka merudum teruk tahun lalu.
  • Ada rakan-rakan dalam bidang seni yang baru nak mula bernafas beberapa bulan lepas, terduduk kembali.

    Dan banyak lagi keluhan demi keluhan. Bagi yang tak terkesan, bersyukurlah.

    The struggle is real.

    Follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP utk dalami ilmu kewangan

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, 2 perkara terburuk bakal adalah: perbelanjaan…