fbpx

3 Jenis tempoh yang penting dalam takaful

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 563Words
  • 410Views

Dipetik dari FB INFAQ Consultancy

Apabila engkau berjumpa

Dengan seorang kawan

Yang tak jemu memberi kesedaran

Dengan sepenuh jiwa

Jangan biarkan dia menunggu

Janganlah sampai dia berlalu

Jangan fikir lama-lama

Nanti lama-lama peluang sudah pergi

Jangan fikir lama-lama

Nanti lama-lama akan engkau tangisi

Sesal dan kesal engkau nantinya

Bila rayumu ditolak orang

Ke mana engkau akan mencari?

Bila peluang melangkah pergi

Kerna tunggu lama-lama

Nanti lama-lama peluang akan pergi

Kerna tunggu lama-lama

Nanti lama-lama akan engkau tangisi

3 JENIS ‘TEMPOH PENTING’ DALAM TAKAFUL

Kebelakangan ini kesedaran kepada perlunya perlindungan dari sudut kewangan Di kalangan masyarakat semakin meningkat. Bahkan kesedaran kepada pentingnya berhijrah dari konvensional kepada Takaful juga semakin meningkat.

Namun stigma “sia-sia”, “membazir”, “menipu” dan lain-lain masih kekal kuat di pemikiran masyarakat. Pasti kita pernah mendengar tentang tuntutan takaful yang tidak disempurnakan atau tidak lulus.

Hal seperti ini biasa terjadi sekiranya ada salah faham atau kurang pengetahuan tentang sijil takaful yang diambil. Sebab itu sebagai peserta takaful, kita juga harus ambil tahu tentang beberapa ‘tempoh penting’ yang ada dalam sijil takaful kita.

1. TEMPOH BERTENANG

Tempoh bertenang ini juga disebut sebagai cooling period.

Dalam tempoh ini, anda haruslah membaca dan memahami pelan takaful yang sudah anda ambil seperti yang tertulis di dalam buku polisi anda.

Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang wujud di dalam buku polisi, anda berhak untuk membuat aduan kepada syarikat pengendali takaful seterusnya membatalkan polisi tersebut dan CARUMAN PERTAMA Anda Akan dipulangkan 100%.

Di TI anda punya 15 hari tempoh bertenang selepas menerima sijil takaful anda.

2. TEMPOH MENUNGGU

Antara perkara penting untuk difahami sebelum mengambil mana-mana pelan takaful ialah, ‘tempoh menunggu @ waiting period’.

Ia adalah satu tempoh masa yang ditetapkan sebelum anda boleh membuat apa-apa tuntutan atas manfaat yang diambil.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut.

iii) 90 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti viral fever, bronchitis, diarhea dan beberapa jenis lagi.

iv) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

3. TEMPOH SIASATAN

Antara yang jarang orang ambil tahu Dan diberitahu ialah ‘contestable period @ tempoh boleh dicabar”. Biasanya tempoh ini adalah selama dua (2) tahun selepas sijil takaful anda diluluskan.

Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat tuntutan terlebih dahulu secara terperinci berkenaan status & sejarah kesihatan anda sekiranya terdapat unsur-unsur yang meragukan.

Contohnya, jika baru sahaja menyertai takaful enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak.

Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum menyertai apa-apa pelan takaful.

Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.

Kredit: Alif Ahmed

INFAQ Consultancy

~ambil tahu, jangan eksyen tahu~

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB INFAQ Consultancy https://www.facebook.com/INFAQ.my/posts/pfbid02mE3GeFqUrM4doXAnny7jRW2cTBeH7bbxqtLoS882Jk8kGm8JBPy4kX2qLTJLAqKwl "Saya dah ada sijil…