Bagaimanakah Kita Uruskan Hutang Kita?

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:70Views

Dipetik dari FB Shahirla

Awal bulan seperti ini, biasanya tuan suami akan pergi membeli keperluan dapur.

Tugas membeli keperluan keluarga merupakan tugas hakiki suami memandangkan beliau lebih teliti memilih makanan yang segar ataupun tidak.

Saya menyibukkan diri mahu ikut serta kerana itulah terapi saya.

Apabila saya dibawa ke Pasar Raya Bataras mahupun pasar ikan saya cukup gembira. 😄

Selesai sahaja menemani tuan suami, saya terus satu perkongsian dengan Tuan Amin(bukan nama sebenar).

Semasa perkongsian ini, Tuan Amin hanya banyak mendengar dan memahami.

Selepas saya membuat perkongsian Tuan Amin berkongsi,

Tuan Amin: “Puan, isteri saya ada membuat pinjaman peribadi dan kami telah merancang untuk mempercepatkan bayaran semula”

Saya: “Bagusnya tuan. Tuan membantu isteri mempercepatkan bayaran”
Saya menambah.

Sewaktu ketika dahulu arwah ayah saya ditimpa musibah kemalangan jalan raya, menyebabkan kami sekeluarga tiada pendapatan.

Arwah ayah saya juga tidak meninggalkan apa-apa hutang kepada kami sekeluarga. Ini saya amat syukuri!

Namun tuan, pada waktu itu kami mempunyai kos sara hidup setiap bulan.

“Tuan,
Berbeza situasi kita sekarang. Kita masih ada hutang.
Bagaimanakah kita menguruskan hutang kita?


Kita masih diberi ruang untuk merancang. Kita ambil peluang ini terus.”

Begitulah saya berkongsi.

Yang Ikhlas,
Ibu Celik Wang,
Infaq Consultancy Sdn Bhd.
Sabah.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Kenapa insurans konvensional haram? Sebab dalam insurans konvensional wujudnya elemen…