fbpx

5 Tips Untuk Capai Matlamat

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 351Words
  • 256Views

Dipetik dari FB Elen Nia

5 TIPS UNTUK CAPAI MATLAMAT

Tapi kali ini, saya fokus untuk capai matlamat kewangan.

Matlamat kewangan atau financial goals yang jelas sangat penting dalam perancangan kewangan.

Lebih jelas dengan apa yang saya mahukan, lebih mudah untuk saya capai apa yang saya impikan.

Daripada saya asyik cakap “saya nak buat simpanan” “saya nak ada simpanan” lebih baik saya terjemahkan dalam bentuk tindakan/action.

Saya gunakan teknik S.M.A.R.T Goals untuk fix matlamat kewangan saya.

👉S = Specific

Matlamat kewangan mestilah jelas dan spesifik supaya saya fokus dengan apa yang saya perlu capai.

Contoh, “Saya nak simpan RM3000” adalah lebih sepesifik berbanding “Saya nak simpan duit yang cukup”.

👉M = Measurable

Matlamat kewangan haruslah boleh diukur dengan jelas. Hal ini dapat membantu saya mengukur sejauh mana matlamat itu telah dicapai dan mengukur progress saya.

Contoh, “Saya perlu simpan RM300 sebulan” adalah lebih baik daripada “Setiap bulan saya perlu menyimpan.

👉A = Achievable

Matlamat kewangan yang baik mestilah mampu dicapai. Apa guna saya buat matlamat kewangan yang mustahil untuk dicapai? Bukankah itu sesuatu yang buang masa?

Contoh, “Saya akan menyimpan 10% daripada gaji saya setiap bulan” adalah sesuatu yang mudah untuk dicapai berbanding “Saya akan menyimpan 50% daripada gaji saya setiap bulan”.

👉R = Realistik

Matlamat kewangan perlukah realistik dengan kemampuan kewangan saya. Saya mampu capai. Sesuatu matlamat kewangan yang realistik berbeza antara individu.

Contoh, pendapatan saya RM3000 sebulan dan ingin menyimpan RM300 sebulan bersamaan 10% daripada gaji saya. Jumlah itu realistik bagi saya.

👉T = Timely

Yang terakhir dan terpenting, matlamat kewangan mestilah mempunyai tempoh masa yang jelas. Tempoh masa ini sangat membantu untuk saya tahu bila matlamat kewangan saya dapat dicapai.

Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan RM3000 dalam tempoh 10 bulan”.

Akhir sekali, menyimpan bukan sesuatu yang mudah, tapi kalau kena caranya, menyimpan akan lebih mudah.

Gaji banyak, gaji sikit. Kita wajib simpan duit. Bila nak mula menyimpan? Sekarang.

Bagi lah banyak mana pun tips, tak akan jalan kalau kita sendiri tak mulakan. Jom! start.

Elen Nia

INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pagi ini #SeminarBMW bersiaran daripada KOMTAR, Pulau Pinang bersama 250…