50 Tahun Lebih Lemak Dan Kolesterol Difitnah!
Video ini saya dari FB Public Health Malaysia tentang konspirasi gula dan “fitnah” terhadap lemak dan kolesterol oleh syarikat tembakau
Kali pertama syaa mengetahuinya, memang pelik.
Selama bertahun-tahun kita belajar dari sekolah rendah bahawa kolesterol dan lemak merbahaya untuk dimakan, tiba-tiba ia hanyalah konspirasi gula untuk mengfitnah lemak dan kolesterol!
Selepas membuat sedikit kajian dan cuba amalkan, ternyata nampak hasilnya apabila saya mengamalkan diet menggunakan kaedah intermitent fasting yang mengizinkan saya makan lemak dan berpantang makanan minuman bergula, berat badan tak meningkat malah pernah berjaya turun 10 kg dalam masa 3 bulan.
Saya pernah tulis artikel berkenaan ini pada tahun 2018.
Rujuk artikel di sini
Antara rujukan saya ialah artikel ini: 50 Years Ago, Sugar Industry Quietly Paid Scientists To Point Blame At Fat
Penyelewengan akademik dalam kajian sains perubatan
Artikel di atas dan video ini menunjukkan penyelewengan akademik dalam kajian sains perubatan apabila kajian dan fakta disembunyikan terhadap bahaya gula dan mengfintha lemak dan kolesterol.
Ia dipercayai selama lebih separuh abad, bahawa gula hanya membawa mudarat kepada gigi sahaja dan kolesterol memberi lebih banyak bahaya kepada kesihatan manusia berbanding gula.
50 tahun lebih lemak dan kolesterol difitnah!
Selepas pendedahan ini, saya terfikir satu persoalan;
Mungkinkah juga selama ini, banyak lagi kajian-kajian saintifik dalam bidang perubatan disembunyikan terutama terhadap makanan-makanan yang disebut dalam hadith dan Quran, seperti kurma, habbatus-sauda, minyak zaitun dan sebagainya?
Walhal, ada makanan-makanan tertentu yang memang disebut oleh Nabi akan khasiat tertentu?
Juga, amalan-amalan kesihatan dan pemakanan dalam budaya dan adat Melayu yang diwarisi secara turun temurun, tapi tidak ada sebarang bukti saintifik terhadapnya?
Begitu juga perubatan-perubatan tradisional seperti refleksologi, homeopathy yang dianggap sebagai pseduoscience oleh dunia sains moden?
Ini hanya persoalan dan teori yang bermain di minda, tanpa sebarang bukti kukuh.
Ia timbul selepas terbongkar dan kantoi konspirasi gula ini.
Apa pandangan anda? Jom kita bincangkan dengan matang dan sejahtera.
Wassalam.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran