Tanyalah Afyan ?
Buat rakan-rakan yang ingin bertanya soalan kepada saya, elok jenguk-jenguk blog saya www.afyan.com
Gunakan function “search” yang disediakan.
Boleh cari menggunakan keyword soalan yang berkaitan dan insyaallah kebanyakannya, jika berkaitan dengan isu kewangan, pelaburan, scam, takaful, medical card, Neelofa akan jumpa jawapan di sana.
Paling kurang akan dapat panduan secara umum.
Contoh, kalau nak tanyakan tentang unit trust, tak payah la tulis penuh “apa pendapat En Afyan tentang unit trust?”.
Rakan-rakan boleh gunakan keyword “unit trust” dan rakan-rakan akan menjumpai panduan berkaitan.
Begitu juga kalau nak tanya tentang skim-skim yang disyaki sebagai scam.
Boleh cari panduan berkaitan panduan mengenali scam dan skim cepat kaya.
Memang saya tak tulis setiap nama sebab setiap hari akan wujud skim baru yang too good to be true. Cukup sekadar panduan umum.
Kalau nak cari tentang takaful, hanya perlu search “takaful”
Saya tak ceritakan syarikat takaful mana yang bagus tapi saya ceritakan tentang panduan memilih produk takaful.
Kalau nak cari tentang “unit trust”, InsyaAllah jika cari akan jumpa.
Saya tak ceritakan tentang syarikat unit trust mana yang bagus tapi saya ceritakan tentang panduan melabur unit trust.
Nak cari tentang “emas”, hanya search “emas”
Saya tak ceritakan tentang beli emas di syarikat mana, tapi saya ceritakan tentang panduan pelaburan emas.
Nak cari tentang “Neelofa” hanya perlu search “Neelofa”.
Saya dengan ini menafikan gosip saya dengan beliau.
Kalau tak jumpa juga, baru tanya saya.
Ada sebarang soalan yang tak jumpa jawapan di sana?
Kalau tak ada jawapan, maknanya kena cari di tempat lain.
Ada lebih 100 message request yang tak sempat saya layan
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran