fbpx

Kereta: Keperluan Atau Kehendak?

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 202Words
  • 1029Views

Tips RM | Kereta: Keperluan atau Kehendak?

Apabila saya bertemu dengan individu-individu yang mempunyai masalah kewangan, berikut adalah beberapa situasi yang saya temui;

🚘 Dalam banyak situasi, kereta bukan keperluan dan banyak mendatangkan musibat kepada pemiliknya berbanding manfaat.

🚘 Dalam banyak situasi, kereta digunakan HANYA untuk pergi dan balik kerja sahaja dan sesekali sahaja untuk perjalanan jarak jauh.

🚘 Dalam banyak situasi, pembayaran ansuran kereta kita-kira 30% ke 40% daripada gaji.

https://afyan.com/nak-beli-kereta-baru-baca-tips-ini-dahul…/

🚘 Dalam banyak situasi, apabila dikira kos sebenar memiliki kereta termasuk petrol, tol, servis maintenance, parking, roadtax, takaful kereta, tayar, aircond, saman, aksesori dan sebagainya – ia mencecah 50% ke 70% daripada gaji.

Rujuk: https://afyan.com/jom-kira-kos-sebenar-penggunaan-kereta-a…/

 Bermakna, kerja separuh hari hanya untuk menganggung kereta⁉️
 Bermakna, kerja Isnin sampai Rabu hanya untuk menanggung kos membela kereta⁉️
 Bermakna kerja dari 1hb hingga 15hb hanya untuk membayar kereta⁉️
Bermakna, kerja dari Januari hingga Disember hanya untuk kereta⁉️

Rujuk https://afyan.com/setengah-tahun-kerja-hanya-untuk-kos-ker…/

SOLUSI;
🚗 Dalam banyak situasi juga, masalah kewangan dapat diselesaikan dengan menjual kereta atau paling kurang tukar kereta yang lebih murah dan rendah maintenance.

🚗 Tapi tak ramai yang mengalami masalah kewangan, yang SANGGUP.

Afyan Mat Rawi
Klik see first & follow t.me/AfyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahniah rakan-rakan INFAQ! Tuan Husshaini Bin Hamid Tuan Mohd Rosyaidi Tuan Khairool Anwar…