Covid-19 : Inisiatif pengeluaran KWSP RM500

Ringankan Bebanan Rakyat, Pengeluaran Akaun 2 KWSP Kini Boleh ...

Inisiatif pengeluaran KWSP RM500 untuk bantuan kewangan krisis Covid-19.
No 10, ramai tak perasan.

1. Fungsi asal KWSP ialah untuk persaraan, bukan untuk kecemasan. Wang kecemasan sepatutnya dalam bentuk dana simpanan yang mudah dicairkan.

2. Keluarkan wang KWSP tersebut hanya jika benar-benar terdesak dan kesempitan, bukan ambil kesempatan.

3. Terdesak dan kesempitan yang bagaimana? Contohnya yang hilang atau terjejas punca pendapatan akibat selepas kerajaan isytiharkan perintah kawalan pergerakan.

4. Bagi yang tidak terdesak dan tersepit, usahlah ambil kesempatan. Usah gadaikan wang yang sepatutnya untuk persaraan

5. Gunakan sebaik mungkin untuk keperluan kehidupan, bukan untuk kehendak dan kemahuan.

6. Keperluan kehidupan yang bagaimana? Contohnya susu anak, beras, makanan dan sebagainya.

7. Bukan untuk beli handphone, apatah lagi yang berangan untuk sportrim baru. Kita bukan tak tau, rakyat Malaysia memang kreatif. Ingat dulu masa kerajaan benarkan pengeluaran KWSP utk beli komputer, ramai yang beli “invois” komputer sahaja.

8. Kita berada di zaman “kemarau” yang tidak diketahui bila agaknya ia berakhir. Ambil iktibar untuk bina hidup baru selepas tamat krisis nanti.

9. Berdasarkan statistik KWSP, 60% pencarum KWSP akan habiskan wang persaraan dalam masa 3 tahun selepas bersara. Jadi, perlu ada plan back up persaraan juga nanti.

10. Ramai yang nampak RM500 sebulan selama 12 bulan hanyalah RM6,000. Tapi saya nampak ia sebenarnya BOLEH berpotensi menjadi lebih RM25,000!!! Siapa faham? Tak faham, tanya. Rujuk komen.

11. Pengajaran besar krisis ini: Tidak ada kerjaya, bisnes atau pelaburan yang memberi jaminan kekal untung selamanya. Di sini pentingnya dana rizab kecemasan.

12. Akhir sekali, pergantungan kepada Yang Maha Pemberi Rezeki. Hanya DIA yang MAHA KUASA.

 

Updated boleh rujuk di sini

“Alah, RM500 sebulan. Baru RM6,000. Tak luak pun duit KWSP kita tu nanti”.

Ini antara komen yang saya terima apabila meninggalkan pesanan agar berhati-hati untuk keluarkan wang KWSP sebagai bantuan kewangan untuk menghadapi krisis Covid-19.

Cuba tengok jadual ini, RM6,000 itu sebenarnya berpotensi menjadi sehingga RM25,000 lebih untuk dana persaraan kita nanti jika sekarang berusia 25 tahun, dengan andaian pulangan 5% setahun.

Tak ada masalah untuk keluarkan KWSP, jika benar-benar terdesak dan memerlukan.

Yang kita risau, ada yang ambil kesempatan.

Kita bukan tidak tahu, rakyat Malaysia memang kreatif bab-bab ini.

Dahulu pernah ada kebenaran untuk keluarkan wang KWSP untuk beli komputer, tapi ada yang kreatif hanya beli invois dari kedai komputer sahaja.

Semoga kali ini, kita benar-benar manfaatkan RM500 itu untuk memberi keperluan asas.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com