6 jam tunggu jumpa doktor: Sistem kesihatan kita sedang tenat?

  • 1Minute
  • 190Words
  • 17Views

Tadi saya terbaca satu posting, katanya daripada seorang pengguna Facebook bernama Saleha Fayyah.

Ia disertai dengan sebuah gambar bertulisan

“DOKTOR TAK RAMAI. WAKTU MENUNGGU BERJUMPA DOKTOR ΑΚΑΝ LΕΒΙΗ 6 JAM”

Beliau berkongsi pengalaman mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), di Klinik Ortopedik.

Beliau mendaftar pada pukul 9 pagi, tetapi hanya selesai terima rawatan pada jam 3 petang.

Bayangkan, enam jam menunggu untuk berjumpa doktor.

Apabila ditanya kenapa terlalu lama, jawapan doktor cukup ringkas tapi menyedihkan: Ramai doktor sudah berhenti atau keluar daripada perkhidmatan KKM.

Doktor siap cakap, “Cik kena tanya dengan KKM”.

Beliau lampirkan gambar sebagai bukti pengalaman tersebut, dan menyifatkan hal ini sebagai kegagalan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Paling menarik, katanya pagi tadi beliau terima mesej daripada seorang doktor yang mengesahkan memang ada fenomena ‘quit doktor’, dan posting beliau kini sedang tular dalam kalangan warga kesihatan.

Satu suara rakyat yang membuka mata kita semua.

Makananya, KKM bukan sahaja gagal tambah baik hospital kerajaan, malah gagal juga kawal selia caj melampau-lampau-lampau-lampau di hospital.

Rujuk juga tulisan saya sebelum ini berkaitan caj hospital swasta yang melampau-lampau

atau boleh baca di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jauhi khurafat dan syirik. Nasihat yang baik dari Menteri Agama:…