fbpx

Tantangan fatwa dan isu aqidah: Kekurangan undang-undang tegas di Malaysia

  • 12 months ago
  • 2Minutes
  • 361Words
  • 133Views

Saya repost balik posting sebelum ini ketika isu Mentega Terbang hangat minggu lepas.

Kali ini, berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang menolak rayuan Sister in Islam Forum mencabar Fatwa Negeri Selangor.

Satu sudut ia kemenangan moral buat umat Islam di Malaysia, mengesahkan bahwa fatwa yang mengatakan SIS sesat itu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dalam hal ini, membuktikan bahawa institusi fatwa dan mufti bebas daripada sebarang pengaruh kerajaan dan politik.

Difahamkan, cabaran fatwa ini dibuat sejak tahun 2014.

Namun……….

Sebenarnya di Malaysia tidak ada undang-undang tegas menangani isu aqidah dan murtad. Perkara ini bukan baru, ia sudah lama.

Hanya hebahan supaya kesedaran kepada umat Islam sahaja yang boleh dibuat oleh pihak berkuasa seperti JAKIM, Majlis Agama Islam dan Institusi Fatwa.

Justeru, sebagai umat Islam kita wajib untuk menjaga diri sendiri dan keluarga serta generasi akan datang daripada sebarang elemen liberalisasi agama.

Contohnya tahun lepas,Muzakarah JAKIM sudah pun keluarkan kenyataan berkenaan urusniaga dengan sebuah syarikat MLM yang menjalankan aktiviti Kristianisasi.

Dalam kenyataan tersebut, JAKIM menegaskan bahawa umat Islam dilarang melibatkan diri dalam aktiviti urus niaga dan mempromosikan syarikat berkenaan atau apa-apa perniagaan seumpamanya yang menyumbang kepada gerakan anti Islam.

Bukan setakat JAKIM, malah mufti-mufti negeri turut mengeluarkan kenyataan yang sama dan senada dengan Muzakarah JAKIM.

Syarikat tersebut masih beroperasi seperti biasa sehingga hari ini. Malah leader-leader Muslim masih aktif mempromosi saban hari.

Perkara sama bakal berlaku terhadap penggiat filem Mentega Terbang. Tindakan serius tidak akan ada.

Ia bukan soal kerajaan mana yang memerintah tapi ketiadaan undang-undang tegas menangani isu sebegini.

Kita mungkin dapat menjaga akidah kita dan keluarga kita sekarang, tapi bagaimana dengan generasi kita akan datang?

Sebab itu kita wajib untuk sensitif apabila timbul isu sebegini. Malangnya ada segelintir umat Islam yang mencemuh umat Islam lain yang bangkit. Lebih malang lagi sesetengah tahi politk yang mengambil kesempatan untuk dijadikan modal politk untuk tunjukkan mereka hero.

Walaupun PM Muslim bersilih ganti, tapi sehingga kini tiada undang-undang tegas menangani perkara ini. Tidak seperti isu dadah dan rasuah, ada undang-undang ketat yang mengsabitkan ia sebagai jenayah.

Tapi isu aqidah dan murtad, tidak dikira sebagai jenayah dalam sebuah negara Islam.

Semoga Allah menyelamatkan akidah kita semua dan generasi kita.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Perasaan bercampur-campur apabila membaca kenyataan ini. Pertama, saya lega sebab…